Melaka: tebingan sungainya indah dan meriah

Kami tiba petang khamis… Pepetang begini cruishing sg.melaka bangkali menarik… Selepas check in di the shore@melaka.river kami pegi booking ticket tapi sayang untuk hari ni dah sold out….
Tiada pilihan kami sekeluarga menapak sepanjang laluan yang disediakan… Amat cantik dan menarik gabungan cahaya lampu dari binaan buatan manusia dan tumbuhan semulajadi di tebing sungai yang menjadi lanskap indah tebing sg melaka. Cucu-cucu jeragang bukan main seronok….
Sesekali kami berhenti di perhentian dan wakaf yang di sediakan sambil memerhati cruish yang pergi dan datang sarat dengan muatan manusia dari segenap pelusuk dan rantau… Patutlah ticket sold out
Kami menginap di residensi 3A theshore@melaka.river setentang dengan penghujung kg.morten
Kg.morten suatu tanjung di lengkok sungai melaka jelas kelihatan dari tempat penginapan kami tingkat 14 theshore@melaka.river

Kampung morten adalah perkampungan melayu ditengah-tengah bandar melaka.. Jeragang kurang pasti asalnya dulu kampung nelayan ketidak… Rasanya bukan tetapi yang menariknya landskap kampung ini berwajah tradisi orang melayu melaka…. Ada hampir 200 lot rumah di kampung ini… Ada rumah yang dijadi homestay, muzium, gerai dan restoran.. Walau apa pun persepsinya kampung ini dikenali sebagai living muzium….. Kedudukannya strategik ditanjung lengkokan sungai melaka….

Bebunga yang berbagai jenis dan warna menghiasi kedua2 belah tebingan sungai melaka cantik dan menarik…. Menambah keselesaan mereka yang berjoging sepanjang laluan yang disediakan
Suasana pagi yang indah dan nyaman di sepanjang laluan pejalan kaki menarik minat orang ramai menjadikan nya laluan untuk berjoging
Pemandangan menarik dari sudut foto yang turut disediakan untuk peminat fotografi… Ini jambatan stesen bas lama berhampiran panggung bangsawan melaka
Sebelah sana tebing setentang Panggung bangsawan adalah the pirate park… Taman thema- satu lagi hiburan untuk tarikan pelancungan…
Monorail juga turut di sediakan di sepanjang laluan sungai melaka… Menarik untuk pelancung meninjau keindahan sungai melaka dan sekitar melaka bandaraya warisan dunia… Tapi nampaknya nok ing operaseng kata orang kapung ambe
Jambatan hang tuah… Cantik dipandang dari tebingan sungai berhampiran dengan medan selera sungai melaka
Segar dan nyaman laluan melalui bawah jambatan

Suasana menarik dan terjaga walau pun tidak rapi… Kemudahan awam yang sepatutnya ada disediakan untuk untuk keselesaan pengunjung… Penyertaan penduduk tempatan dan setempat menyedia kemudah terutama makanan dan penginapan menjadikan melaka negeri yang menarik untuk dikunjungi… Jeragang dah lama tak masuk ke bandar melaka kerana selalu berhenti setakat air keroh, kuala linggi dan lundu/alor gajah sahaja kerana berkepentingan cuma disitu….

Melaka pada pandangan jeragang bandar yang bersih dan menarik… Tapi tahab penyenggaraan masih belum cukup tinggi… Masih kedapatan air longkang bertakung dan berbau hapak dijalan laluan pelancung dan tempat makan tertentu… Rasanya sahabat jeragang rosli buang atau tok.naim sendiri kena tengok ning …… assalam, Jeragang

Jejak di pantai zaman: cuit rasa gamit kenangang

Hari sabtu 4 febuari 2017 kembali bersilaturrahim…. kali ini di dewan perdana felda.. dah dihujung acara nie kengkawan pun tinggal tak ramai memasing dah balik… kabornya ramai gak yang hadir ke majlis walimah anak sdr abdullah hamid junior kami di SASKL dolu… alhamdulillah masih boleh jumpa azmi, dato.masran, shahril dan mizi… abg.long jabar dan normang seperti biasa lambat balik sebab keduanya suka melayan para sahabat….. tu lah pasal kalau mereka tiada sahabat tertanya-tanya….

Bagaimana biasa dari felda jeragang berahi balik ikut keramat lalu jalang maktab dan jalan kent… cakap pasal jalang kent teringat masa lepas SPM dolu…. masa tu kami hendak gi rumah cikgu faridah yang tinggal di quarters askar namun tersesat sampai ke bukit lanjan…. bayangkan tempat tu tahun 1972, masih hutan belantara tempat kediaman orang asli.. bas kesitu hanya 2 jam sekali.. hentian terakhir tak jauh dari kem askar… kawasan restricted dok leh masuk… sekarang tempat tu dekat opis normang jer dan orang asli pun dah jadi tuan punya banglo di tengah kotaraya…. jadi laluan mrt lagi jeng jeng jeng, begitu lah akibatnya dengar tunjukarah dari orang yang tiada ketahuan tapi ceritanya sangat meyakinkan kalu ikut lojik akal semata…. berhati-hatilah.

SAS 1974 kalau tak silap ingatan gambar ini dirakam dipenghujung usia kami di SASKL yang kini hanya subur dalam ingatan

Jeragang dah kurang ingat sesapa yang pegi, pasti ada masa tu adalah arwah masood, midon dan rahman ali (al-fatihah.. semuga roh mereka terhimpun dikalangan orang yang beriman dan beramal soleh)….  yang lain kedua2 jenal.. aliudin.. hamin dan yusof tak pasti ada ker tidak tapi wan dzul dan che syor pasti ada… aliudin mesti masih ingat cerita nie semua kerana setiap kali jumpa pasti terkeluar dari mulutnya…..

Aliudin, sahabat karib di SASKL.. gambar ni saya snap bila pertama jumpa sejak lepas SPM 1972

Dari keramat melalui jalan jelatek ampang ikut kampung pandan terus ke taman maluri dan cheras… banyak tempat sudah tiada dan dok buleh cam doh lening…. kalu dulu selalu juga ikut jakpo lasa balik rumahnya di kg pandan dalam… bukit ceras tempat kami daki hujung minggu entah dimana… begitu juga dah tidak diketahui lagi dimana pergi kampung semerah padi… jenal lasim tertentu tersenyum bila cerita pasal kg semerah padi… 

Dari taman maluri ikut jalan baru melalui pinggir taman shamelin.. pudu dan sengaja lalu ikut depan sekolah lama SASKL… kedai pak ali dan pak cik jaapar dekat gate sudah tiada… begitu juga kedai mak cik bubur dekat disimpang kampung konggo antara T3C dan TI.. itu kedai faberit aliudin…. dulu budak sabah di SAS dikira orang kaya.. aliudin selalu belanja kami kalu tidak tunggu sapa yang dapat surat register….. apa laa sangat kalu nak banding jamang sekarang… dulu semangkok bubur dengan teh o baru seposeng jer…..

Dari situ ambil simpang melalui bandar seri permaisuri ke salak south balik seri petaling… lalu ikut depan SMS selangor…. sebelum siap sekolah tu pelajar nya menumpang belajar di SAS… kemudian diserap sebagai pelajar SAS…. pasal nie pung banyak cerita menarik sengaja jeragang tak nak cerita disini.. biar lah dr.nasir dan kengkawan yang sama waktu denganya ceritakan…

Bergambar kenangan bersama GB Hamzah Salas dan seniors… Sidek, Yusien dan Che Din

Bila.lalu ikut salak south jeragang segera teringat kebun apek nun jauh di kaki bukit tembusu kem… tempat perkemahan pengakap SAS…. suatu pagi dibulan puasa jeragang bersama arwah midon (pohon sedekah al-fatihah ) kiyai sharif dang puzi zaman menuruni bukit ke kebun tersebut…. maka kami berempat pung memungut buah ciku macam kebun kami sendiri… kata puzi dorang tanam atas tanah kerajaan jadi kita ambil lah cukai…. dapat sekotak se’eh juga mikul bergilir-gilir bawa balik melalui bukit tu ke bilik kedek untuk peram…. buah tu bukan setakat kongsi bersama kengkawan tetapi sempat juga jual… jeragang rasa takde budak SAS laing keluar ikut belakang tembusu kem kerana tempat tu hutan….

Se lagi jeragang nok kabor… tentang GB hamzah salas, ada beberapa kali jumpa termasuk masa MMTHB ASAS… di kgpa dan di bandar tun razak, dulu kg konggo dimana jeragang berbual panjang dengan beliau sambil mengucap terima kasih atas jasa cikgu mendidik kami dan minta maaf atas kenakalan kami yang memeningkan cikgu jugak… katanya biasalah murid hanya memahami tindakan guru setelah mereka berjaya… masa di SAS ada sekali jeragang dan kengkawan pegi beraya kerumah GB hamzah..

Jeragang  juga dapat berborak panjang dengan GB Ghazali Uda Omar atau kami gelar GUO.. kalau tak silap masa MMMT ASAS di shangrila dimana beliau dengan panjang lebar bercerita sebab beliau menekankan kemahiran berbahasa inggeris, rehat atau tidur waktu petang bukan prep… dang paling kami suka boleh keluar akhir minggu tak pakai unipom… kedua-dua GB nie memang tegas dan ramai kengkawan kata kerana mereka tegaslah kami semua jadi begini…

Bila memandu merentas pudu dan cheras terasa pula jauhnya SAS dari bandaraya kuala lumpur.. apa lagi dulu kawasan pudu dan cheras boleh dikata mundur dipinggir kemajauang kl… bila memikirkan jarak nya jauh rasa macam tidak percaya suatu masa dahulu diwaktu hampir tengah malam kami pernah berjalan kaki dari stadium merdeka ke SAS… sungguh unsangkarable…. tapi budak SAS memang…. cita usaha jaya amalan kami sepanjang masa…… jeragang

Sekadar secalit lintasan fikiran dari sudut kamar…..

dari jambatan Mersing melepas pandangan

Jambatan sungai mersing satu-satunya jalan menghubungi bandar ini dengan bandar-bandar lain keutara sepanjang pesisir pantai timur semenanjung

Seperti disenandungkan dalam lagu  warisan melayu asli………

Seri mersing lagu lah melayu

Dikarang lah oleh biduan dahulu

Sungai muka dua tempatnya cantik tapi semacam terbiar kurang dieksploitasikan… boleh mengurangkan jarak perjalanan jika ada jalan pintas dari felda nitar by-pass bandar mersing.. menghindari bulatan dikaki bukit…

Bandar pelancungan ini suatu masa dulu agak sepi… hanya diirancak oleh pelancung yang hendak mengunjungi pulau di sekitarnya… namum pembangunan telah merubah wajah mersing akhir-akhir ini… mungkin ada bahagian mersing dalam agihan projek menjelang PRU ke 14 akan datang…… Salam hormat dari,

.jeragang1015972600.jpg

 

 

Tunas: apakah impian kan jadi nyata…?

image

Tanpa mengira bagaimana mulanya samada dari biji benih, keratan batang atau cantuman.. samada yang ditatang atau terbiar melata, disitulah sepohon pokok memula kitaran kehidupan.. dari tunas membesar ia menjadi daun… dedaun terus merimbun memberi harapan pada sebuah kehidupan… lalu berbunga berbunga lah ia bersama harapan itu untuk berbuah membawa nikmat dan hikmah kepada insan dan juga haiwan…. kalu asal kapas kan dibuat benang dari benang dibuat kain… maka kain lah yang menjadi pakaian…. tapi kain yang buruk usah dibuang paling tidak pun buat menyapu si air mata….. bukan kerana sayu tetapi pedih dik kerana jerebu….. jeng… jeng… jeng

Samada harapan menjadi nyata atau akan terus mengharap jua akan bergantung kepada tangan tangan manusia yang mengurus alami… samada mereka sedar atau tidak bahawa alam ini beserta segala yang terkandung didalamnya ada lah pinjaman yang sementaraa semata mata……

Begitulah hakikatnya kehidupan kini… semuanya mengejar peluang dan rizeki yang dijanjikan…. masing2 atas kadar usahanya samada melimpah ruah atau cuma sekadar mencecah rasa…. cukup sampai disini bersambung diepisod 2       …. jeragang