Membebas Jiwa Raga Dari Belenggu Bergantung Harap….

Assalamualaikum

Sebermula maka sampailah pok.jeragang bersama ustaz Amin ke Pulau Tawar tanoh tempat kelahiran Mat Kilau, pahlawan terbilang pejuang kebebasan, penentang eksplotasi, menerajui gerakan membokeh cengkaman….. Inilah generasi awal pencetus kemerdekaan minda yang menjajah Jiwa hamba, acuan omputih… Setelah makan seadanya digerai tempat pasar malam kami naiklah ke masjid Bukit Rang bersolat jamak taakhir bersama jemaah yang bersolat asar… Sebelum turun kesawah…

Pok.jeragang pegi ke sawah dengan cikgu wan Mohammad, singgah dulu meninjau di tapak cadangan padi huma tempat nak diadakan pelancaran menugal petang ini sebagai simbolik meletak kerja Projek Jelapang Padi Paya Kangar ini
Paya Kangar saujana mata memandang. senerio yang meruntun banyak jiwa orang yang memandang. Sayu dan belas menyarangi dada bila tanah padi pusaka terbiar begitu saja. Jelapang padi menjadi rumput makanan kerbau. Bukan padi yang tak menjadi tetapi hasrat mengusaha bendang tak jadi-jadi sampai sekarang. Kata Cikgu Wan ramai yang dah lupa bidalan orang tua-tua kalu sudah ada padi semua kerja menjadi, kalu dah ada beras semua kerja menjadi deras, pokok nya kita mesti sanggup bekerja keras untuk menjayakannya
Sebagai usaha pemula mengembalikan minat dan usaha merealisasikan harapan menjadi kenyataan orang-orang kampung Pulau Tawar turun beramai-beramai ke sawah lama yang terbiar menugal benih menyemai padi huma dengan harapan menjadi pencetus usaha mengembeling sumber dan bina semula institusi yang ada, bersama bersepakat memulihkan tanah sawah terbiar untuk menjadikan jelapang padi semula
Cikgu Wan Muhammad walaupun telah lama bersara telah kembali semula mengembeling tenaga warga kampung untuk merintis dan meyokong usaha memulihkan tanak terbiar menjadi estate padi. Khabarnya anak jati kampung ini jadi KP MARDI, tak boleh ker sumbang pindahkan teknologi

Kita tinggal dulu sawah padi Pulau Tawar kembali semula ke Serdang ada juga sesuatu yang kita usahakan telah pun mula dilaksanakan. Tanang halia itang, di De’rimba Agro, Hulu Langat. Hok ni lain pula ceritanya, tapi masih lagi pasal melepaskan diri dari belenggu pergantungan. Pemilihan de,rimba bukan kerana nama atau tempatnya tetapi adalah pembangunan teknologi yang akan dikomersil untuk menanam halia hitam-kaempferia parviflora, secara organik berskala komersil. Kita beralih pula kepada high value crop kata omputih, mungkin salah satu sumber kekayaan baru seperti digembar-gemburkan oleh orang jamang sekarang. Pengusahaan tanaman bernilai tinggi seperti vanila, Halia hitam, ketum dan ganja untuk kegunaan industri terutamanya pharmaceutical. Perusahaan sebegini mengguna teknologi tinggi, gunaan tanah yang terhad, diusahakan secara tepat dan terkawal tetapi memberi pulangan yang tinggi kerana menekankan penggunaan teknologi tinggi dengan pengurusan dihujung jari……….. OEM, yer ke dok?

Bagaimana pung awok-awok Pok.jeragang dok lah pakai teknologi setinggi mana pung, memang lah satu tanamang baru, tapi bukang bernilai tinggi sangaq… tapi memang diusahakan berasas teknologi.. sebagai alumni MARDI kami masih memilih teknologi wajar. Teknologi dok canggih, tapi wajar kerana mapu guna tidok hanya sekodo mapu tengok dang dengo……. dok kene? Buat permulaang kami tanang halia itang kata ahli sains dang teknologi, kampferia pavriflora, bergulung lidoh nok sebuq, al-maklum, pok.jeragang cuma sekodo seorang ahli sain dang ambik gaji jer, de…

Ini pula lain pula ceritanya tapi masih lagi pasal melepaskan diri belenggu pergantungan. Gambaran di tapak semaian derimba agro, tempat dimana kami pilih sebagai tapak penanaman. Pemilihan derimba bukan tempatnya tetapi pembangunan teknologi yang akan dikomersil untuk menanam halia hitam-kaempferia parviflora, secara organik berskala komersil
Usaha mengangkut serbuk sabut kelapa cocopeat ke derimba agra sebagai bahan media campuran kepada media khas yang diujiguna untuk menggantikan baja sebatian yang kini harga naik melambung tidak terkawal

Pekerja-pekerja sedang memunggah polibag ke kebun. Projek kini berjalan lancar walaupun menghadapi banyak rintangan terutama mengumpul dana pemula projek. Alhamdulillah ramai ingin turut serta dengan mengeluarkan wang dari saku sendiri untuk menjadikan projek ini contoh kepada usaha berladang berasaskan teknologi dan pengetahuan. Memang benar kata orang tua-tua dimana ada kesungguhan disitu ada jalan

Dari atas wakah Pok.jeragang berfikir banyak kata bidalan orang tua-tua patut kita ambil sebagai amalan seperti dua usaha ini …… kata mereka kalu sepakat tentu bawa berekat, tak ker gitu………. Pok.jeragang

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: