Kawasan sawah terbiar bekas jelapang padi Paya Kangar, pemandangan dari Kampung Mengkuang
Al-kisah ini lah cerita bergambar disekitar lawatan jeragang dan awok-awok MASMARDI meninjau kawasan tanah sawah terbiar di Paya Kangar, Pulau Tawar, Jerantut, Pahang. Sekiranya Allah izinkan, Kaum kerabat MASMARDI nak cadang dipulih akan dia menjadi estit padi dan tanaman kontan. Lawatan ini adalah diatas undangan Cikgu Wan Mohammed yang mempunyai wawasan untuk membolehkan penduduk setempat kembali menunaikan zakat padi... jeng jeng jeng Semuga Allah makbulkan...
Sungguh terharu awok-awok jeragang menerima salinan kad jemputan cikgu wan yang penuh tertib dan berseni
Tanah sawah Paya Kangar tidak jauh dari tebing sungai Pahang suatu masa dulu adalah sebuah jelapang padi kini berdekat terbiar. Kabornya tak pulang modal kalu nak diusahakan walau pun kemudahan pengaliran dan saliran lengkap terbinaMadrasah menjadi tempat penduduk kampung yang diketuai oleh Tok.empat Amran menerima Kami, berbincang dan merancang untuk merealisasi wawasan menjadi kenyataan bermula dengan menugaskan MASMARDI menyedia plan projek estate padiaturcara yang lengkap disediakan dan teratur berancang memudahkan segala urusan
kemudian kami dibawa melawat dan meninjau tapak yang dicadangkan. Oleh kerana sudah lebih 30 tahun ditinggalkan kawasan jelapang telah ditubuh belukar, Disetengah tempat telah mula menjadi hutan… hendak masuk juga tidak senang ada pohon lopak dan alur yang merintang. Parit dan tali air yang diliputi menjadi halangan kenderaan pacuan 4 roda kami merempuh halangan
Sebagaimana dijelaskan melalui madah dalam bingkisannya, ada padi semua kerja menjadi, cikgu wan terus mengerah tenaga di kampung turun kelapanganantara tanah sawah, hutan, taliair dan permatang sudah susah dibezakan dik kerana lama ditinggalkansawah yang luas saujana mata memandang ditumbuhi rumput hijau keperangan nampak seperti padang melatih pasukan bola liga perdana..Parit dan taliair serta parit dan longkang juga diliputi hutansawah dan bendang menjadi kontang tetapi tetp ditenggelami air dimusim hujan moonsoon melanda. Banjir juga menjadi satu kekangan dalam usaha estit ini. Bagaimana pun jika teliti berancang semangat padi tentu menjadisaluran air dan peparitan yang memerlukan baik pulih sebelum kerja dapat dimulakanwalaupun lama ditinggalkan kemudahan sediada masih utuh dan boleh diguna hanya perlu pembersihanmeninjau dan merancang kerja dilapangan membantu memantapkan konsep dan pelan rancangantanpa berlengah penyelidik dan perunding kami memulakan kerja dengan mengambil sample tanah untuk analisa di makmal nanti
Setelah sehari meninjau kawasan dan berbincang peta kawasan dapat disediakan. Kawasan yang ada telah sedia untuk memulakan kerja. Kesepakatan telah dicapai untuk menjalankan projek perintis terlebih dulu sekita 50 ke 100 hektar. Cikgu Wan akan mengerah tenaga awok-awok kampung menyelesaikan masalah penggunaan tanah dengan pihak berkenaan dan pembentukan organisasi pelaksana. Pihak MASMARDI akan sediakan kertas kerja untuk kelulusan dang pertimbangan beserta pelan pelaksanaan.
Dari lawatan tapak kami mengambil kordinat dan melalui teknologi stelite kami dapat buat peta kawasan untuk tapak estit padi pulau tawar
Dalang pikirang pok jeragang kerjanya bukang lah calang-calang… luah kawasang saja pung doh dekat seribu ekar.. tapi napok gaya nya sepakat sungguh awok-awok ning nak buat pada insyaAllah akan menjadi… orang kapung dah berangang dan pasang impiang nok bayor zakat dengang padi bukang lagi pitih mah…. guana-guana pung pok jeragang wase kalu sepakat macang ning jadi amalan kerja hok berak menjadi rekngang, kata orang tua-tua kalu ada padi semua kerja akan menjadi.. hok duk buleh tengok jer sambil berdoa berpanjangan supaya segala usaha deme buleh kejayaang adalah pok.jeragang……..
Leave a Reply