Setelah sekian lama PKP menapikan, hari ini jeragang dan keluarga dapat balik kampung. Dalam perjalanang dari kolompo ke koala dungung kami singgah di Termerloh. Anak jeragang Tira dan suami Zam nok singgoh makang lauk patin di Selera Bangau, kedai makan tersohor di Temerloh katanya.. malangnya kedai tutup laa pulak. Maka kami terus jer ke bandar Termerloh….. Bila doh berada di Termerloh ning, jeragang sempat pulok mengimbau kenangang masa dolu-dolu, lebih 40 tahung dahulu… Alkesahnya maka jeragang perturunkan lah di sini……
Termerloh bandar bersejarah di tebing sungai Pahang, turut menyimpan segelumit kenangan buat jeragang. Disini pernah menjadi persinggahan jeragang dari kapung tanjung gelam ke kolompoJambatan Temerloh gah menghubung perjalanan kenderaan dari koatan ke kolompo… jambatan yang baru dibina setelah jabatan lama yang kelihatan di sebelah bawah tu roboh ketika banjir besar kira-kira dalam bulan Disember tahung 1970 Jeragang pernah menyertai MARINKE 2 yang menjadikan jambatan Termerloh sebagai destinasi akhir kerana senang memunggah peralatan ke dalam lori untuk dibawa balik ke MARDI. MARINKE adalah singkatan untuk MARDI Inland Kayaks Expedition memperkenalkan klon durian baru MDUR 77, 78 dan 99.Kami memasuki Termerloh melalui 3 batang sungai utama ia-itu sungai bunus dari Hutan Lipur Lintang merentasi jeram, kadangkala terpaksa mengusung kayak dan mengharungi arus deras masuk ke sungai semantan dan keluar ke sungai Pahang berhenti di tambatan tidak jauh dari masjid Termerloh kemudian memanjat tebing sungai yang tinggi untuk berhenti makan di bando Termerloh sebelum ke rangka runtuhan jambatan lama untuk menamatkan ekspedisi. Bandar Termerloh kini pesat membangun menjadi terkenal sebagai bandar ikan patin. Ramai pengunjung ke Termerloh untuk menikmati masakan gulai tempoyak ikan patin. Seperti bandar lain, ramai peniaga kecil orang kita membuka gerai berjualan buahan, sayur dan ulaman.. Gerai dan restoran ikan patin tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan.. jeragang sudah tidak dapat cam lagi kerana tempat ni sudah berubah, laing bebeno dari tempat jeragang singgah lebih Dari 40 tahung dahulu kerana bila lalu heway, lening nyer singgoh di RnR Termerloh, sebelum siap LPT dolu di Bandar Baharu Termerloh.Suatu masa lebih 40 tahun dahulu jeragang bersama seorang lagi sahabat seSAS Wan Dzulfakar pernah singgah disini masa pom 6 dulu, hitchhike dari SASKl balik ke teganu masa cuti sekolah. Kami berjumpa sahabat kami arwah shafie… Alfatihah.. lalu ikut beliau bermalam di Felda kampung New Zealand… sebelum meneruskan perjalanan Kami… Wang mung ingat lagi ker dok…???Paling akhir jeragang ke Termerloh adalah bersama dengan Arwah Abang Long Jabar serta sahabat kami dari Sabah, saing baik masa di SASKL dulu, Aliudin Jumaat, athlete decathlon dan lompat bergalah negara pegi melawat sorang lagi sahabat lama kami Hamzah Kami juga dijamu dengan hidangan masakang ikan patin yang sangat lazat, dimasak oleh isteri cikgu Hamzah…
Rupanya banyak juga pengalamang sepanjang jalang jeragang ada di Termerloh… Suatu lagi yang tak lekang dalang ingatang adalah jeragang bersama A Razak Abdullah pernah memandu ke Rancangan felcra Rumpun Makmur dan kampung Gunung Senyum meninjau kawasan untuk projek menanam padi yang sampai sekarang dok jadi lagi…Kami singgah dumoh Ahmad Salleh gang serumah kami di Pantai Dalam dulu, di kampung ewah. Kami nak jumpa mak di Rumpun Makmur Mak kepada Razak atau kami panggil jak, pun saya panggil mak… Razak masa tu sudah berhenti betugas sebagai broadcaster di tv3…
Kini jeragang masih terlibat dengan berapa cadangan projek MASMARDI di jerantut… Mungkin ada masa untuk melawat tempat arwah mak di felcra Rumpun Makmur yang kini hanya tinggal dalam kenangang
Leave a Reply