Teluk Bidara jamang lening nampak macam basi, kena tinggal.. orang dok duli setarang baroh… bot faber tinggal dok berapa butir doh…. dulu sining penuh dengang macang tepat mutobot berbagai jenis dang saieh, belabuh . Rumoh warga kapung dulu bersesok sekali bersambung layang atap, nok lalu pung payoh sekarang sudoh renggeh rongok macam gigi orang tua jer…dok pasti kedai yang dulu berlambok masih ada ke tidok… Dulu Teluk bidara meriah dari balik bukit sampai ke kapung marang terutama kalu ada wayang gambo maing panggung che Mat…

saengbok surau terbiar bedekuh sapa napok antara napok denge dok jer… bengkel buat bot telah hilang entah kemana meninggalkang bangkai bot senggeng disini sana. Kalu dulu Pok.jeragang dok sabo tunggu cuti sekolah nok balik. Keluarga Pok telah berpindah kesini dari kapung kami di Mengabang Telipot atau dalam slang pok.jeragang dang awok-awok baelipot. Lening orang kapung nie pulok tinggal kapung gi duduk padang pelandang batu tiong, kapung baru kola abang dang rhu batil… kalu dulu kat sini penuh dengang orang dari pelbagai generasi pakat duk congok atah wakah depang surau semetara masuk waktu atau saja duduk joing de keghauk…..

Paling Pok.jeragang wahee sekali surau lening comel bukang maing, mungkin jemaah telah berkurangan….teringat di masa dulu tuk jeragang orang panggil mok.cik nab tergaga-gaga dalam kegelapang malam turung semayang surau. al maklum tok sangat bersegera nak gi semayang kadang-kadang belum kul empat gi doh, mengalohi orang nok turung kelaut….. kerek gok ada budok muda-muda hok belajo silat dengang tok.ki tulong hantar balik sebab lambat sangat lagi masuk waktu subuh bagi teluk dara dang kawasang sewaktu dengang nyer

Pok.jeragang doh tak dapat kenal pasti dimana tapok kedai ayoh itang dulu tempat pok.jeragang tunggu tok.ki balik kelaut. kalu tak silap dibelakang surau alik ke sungai… Disekitar kawasang surau tu jerlah pok duk maing…..

Kawasan sini sekarang dah dipagar tokleh masuh… dipahamkang kerja-kerja menimbung pasir yang disedut dari dasar sungai dungung. Sungai dungung lening menjadi cetek kerana mendapan pasir yang telah dibawa sungai dek hakisan di hulu akibat kerja projek pebangunang untuk kemudahang rakyat…

Kedai kopi macam tadok beresa doh sining, bermakna tadok doh laa orang kelaut terutama orang muda-muda berkumpul sining siang malam…. cari wakah pung payoh doh nak jupe….. tapi ada gok jupa wakah dok rok sutir tu yang boleh pok.jeragang menulis ning

Perojek peyedupan dasor sungai dang menabung pasir yang disedut kesini menjadikang kawasang nie seperti tidok terurus. Apa yang pasti beberapa jam pok jeragang berligar di situ tadok napok bebudak mandi sungai. Masa pok kanak-kanak dulu disini lah kami berenangang jangkit dari macang ke macang…. tunggu tok.ki balik kelaut mandi sungai sapai meroh mata

Tapi apa yang pok.jeragang lihat makin ramai orang berekreasi dihujung sana iaitu muka kuala sungai dungung. Kalau tak silap disitu di panggil batu payung. Banyak spot untuk berehat dengan hamparan pasir dicelah batu memberi perlindunganpanahan cahaya matahari. Bagaimana tempat ini bebas menghadapi terdedah menghadapi Laut China selatan…. pantai yang cantik pemandangan menarik tapi bahaya utuk berkelah kerana ombak kuat anging kencang… Kuala sungai ini telah banyak menelan bot nelayan…..


masa dulu tkut nak pegi kawasan ini kerana terpengaru dengan cerita dongeng kuasa yang menarik orang membuang diri kelaut. Pok.jeragang percaya cerita kuasa supernatural ini di ceritera untuk menakutkan bebudak seperti pok.jeragang masa dulu pegi bermaing di kawasan bahaya tanpa pengawasan dan kawalan

Kuala sungai dungan perlu disedut pasir didasarnya bagi mendalamkan sungai untuk memberi laluan kepada bot yang lebih besar. Mendapan yang terlalu cepat dan banyak boleh menjadi beting pasir yang amat bahaya bagi bot memasuki kuala musim timur laut. Banyak bot sudah karam dan nelayan kehilangan nyawa dimasa lalu

Kereta besar selalu diperhati keluar masuk kawasan ini… mungkin kepunyaan kontraktor atau pasukan kerja berkenaan…. oleh kerana ini ada lah satu gateway baru yang dikenalpasti oleh pehak ECER untuk projek pelancungan di Teganu. Air yang tak berapa tenang pun jangang nye sangka takdok boya duk ngelik mengintai peluang untuk ngap projek..

Pada pandangan pak jeragang mungkin sudah ada perkiraan membangunkan kawasan ini seperti di Batu Buruk dan Hujung Tanjung seberang Takir. Tambakan pasir dasar sungai kesini untuk menebusguna dataran berpasir untuk pembangunang masa depan. Kalu betulang jupe Liah buleh gok risik.

Begitulah hok nye mari dalam khayalang pok.jeragang mengenai kampung Pok.jeragang gok lah kiranya. Tapi hok berjaya dok pindah tetap disini kerana takmboh naik perahu nambang dan jalan kaki sapai degate nok gi sekoloh hanyalah de waeng eng ongli…….. Pok.jeragang

Leave a Reply