gini ker makne nyer kemajuang?

kenangang di Merang, Setiu.

Seketika berada di Jeti Merang nyer mari kenangang jeragang kepada jamang remaja dulu…. di sini tepak jeragang dang saing-saing duk gi sokmo terutama hujung minggu, samada raung-raung saja atau pung berkemping dihujung minggu…. tapi pengunjung doklah serama lening….

Ada sekali tu jeragang dang awok-awok turut disertai oleh sahabat-sahabat dari saskl tanpa disangka-sangka, ceewah doh cerita pasal SAS tu cakap luo laa skit….. Alang Soh kang, dimana pung tetap semangat Chita Usaha Jaya….. Romeli masih ingat cerita ning bila jeragang tanya kat fb arie tu… afterall, Ramli Muda lagi pah lening pun….. jangang maroh li, nanti kena enjut pegang linge 10 kali……

Bila masuk tengok sining, jeragang wasa begitu asing sekali dok macang tepak hok jeragang dan saing-saing berehi keping sokmo masa 30 tahung lepah… dok kenal starang baroh doh.. Tak dok napok sikit habuk hok macang dulu, ta’dok napok tanda-tanda hok nok buleh wat pedomang … Oooo dimana kah bukit dang batu hok napok goh jamang ritu, rest haus hok rebeh terbia atah bukit… kemana pulau tempat beripung awok-awok pelariang vietnang sebelum dipindah ke bidung sebelum kediangnya dianto ke negeri orang…

Jeti Merang kini adalah gateway ke Pulang Redang yang menjadi tarikan pelancung. Selepas kerajaang mengganti PKP dengan PKPP maka pelancung pun berduyung-duyung mari sining, termasuk anok jeragang bersama saing-saing nya
Beberapa kemudahan asas telah dibina oleh kerajaan termasuk tempat simpan kereta, ruang niaga dan tempat rehat yang selasa. Penyertaan swasta untuk merebut peluang yang ada menarik perhatian jeragang
Jeti pelepasan pelacung yang diusahakan oleh pengusaha persendirian … begini lah keadaan di jeti dimana pelancung check in sebelum menaiki boat untuk ke Pulau Redang. Kali terakhir jeragang gi rhedang, masa baru-baru keja tahun 80an dulu
Boat-boat sedang menunggu pengunjung menaikinya. Ini pemandangang di tempat boat untuk trip hariang. Mereka kata hari bekerja kurang pelancung harian
Pekerja syarikat dan pengusaha pelancungan persendirian sabar menunggu pelancung walaupun hari-hari begini pelancung hampir tadok…. namun berusaha adalah suatu kemestian bagi mereka
Pemandangan ke sekitar tebingan Sungai Merang dimana penempatan jeti-jeti persendirian dari jeti utama
Ini gamoknya pelancung harian yang hendak ke Pulau Redang atau penduduk pulau yang hendak pulang? ke pelancung solo
Pembangunan masih giat dijalankan…. pengindahan jeti atau upgrading kemudahan…… peluang masa senggang ketika PKP
Kemudahan di jeti termasuk lot niaga untuk pengusaha dan ruang menunggu untuk pelanggan
hutan bakau yang disertai oleh pohong berembang menghiasi tebingan sungai merang berhampiran jeti Utama, dihostkan oleh sungai yang bersih dan jernih airnya. sejuk mata memandang walaupun jeragang berdiri ditengah panas terik…..
lihatlah kejernihan air lembut menyapa batu-batu dipinggir pantai
Kemudahan jeti pelepasan dan pendaratan pelancung memerlukan penambahbaikan dan pengindahan. mengikut pandangan jeragang, keutamaan perlu diberi kepada pengurusan kebersihan

Merang lening memang jauh lebih maju dari tempat bermaing jeragang dang saing-saing suatu masa dahulu… inisiatif swasta memberi impak yang ketara terhadap pembangunang industri pelancungang disini disamping peranan yang dimainkan oleh kerajaang…. Namun begitu kepada jeragang pengusaha disini masih banyak memerlukan imejinasi dan innovasi disamping sokongan dari pihak kerajaang…. bukang lah mudah nok transformasi tempat yang dulu terbiar menjadi maju seperti lening…. tahniah kepada pejabat daerah setiu dang yang seakatang dengannya….. suatu masa dulu semasa pok jeragang masih keja dengang kerajaang, pernah jeragang kritik hebat pembentangan perencangan strategic mereka kepada pasukan pemeriksa anugerah quality Perdana Menteri yang jeragang anggotai, …sekali lagi tahniah….. tidok ku saka cepedok doh jadi naka………. kalu tak silap pasukang pejabat daerah masa tu diketuai oleh encik marzuki.

jeng jeng jeng… napoknye hok masih berpikirang old sekul lagi dari masa ritu sapa leening adalah……… jeragang

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: