Kecewa juga sudahnya….?

Bertemu MP sorang-sorang memang Langkah bijaksana. Sekarang Sudah semakin senang difahami siapa yang meyokong siapa dan memanipulasi ruang yang terbentuk dari langkah strategik pihak lawan? Suratan yang tersirat dari proses flow geraklaku mainan pemain-pemain politik samada secara individu, kelompok, parti politik atau gabungan parti politik sudah semakin ketara.Jeragang masih lagi yakin satu solusi tanpa memerlukan perbelanjaan wang untuk pilihanraya dapat dicari dimana sedang diusahakan oleh YDPA

Apa yang berlaku selepas dua hari bertemu MP, YDPA masih tak pasti dari keputusan tersebut siapa yang mendapat sokongan majoriti untuk dilantik sebagai PM. Jeragang nampak ada 3 possibility ia-itu:

1. Lantik PM baharu. Nampakya pilihan Sudah makin jelas ia-itu antara Tan Sri Mohyidin Yasin atau TunM. Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah pun ditepi. Jeragang tidak menjangka begini jadi akhirnya…. Kekecuhan akibat tekanan penggantian PM oleh penyokong Dato Seri Anwar telah berubah perspektif tetapi masalah pokok walhasil telah balik asal. Namun begitu jeragang memang tahu Tan Sri Mohyidin adalah juga seorang strategist yang tidak kurang hebat, cuma dari aspek sokongan grassroots beliau agak ketinggalan berbanding pemimpin politik utama yang lain dan kurang licik more open.

2. Kekalkan PM interim dengan membentuk kabinet khas pilihan YDP Agung sementara baginda terus mencari penyelesaian. Kalau ini terjadi biar segera diselesaikan jangan sampai sehingga tamat tempuh parlimen semasa. Kita pernah membentuk mageran dalam tahun 1969 dahulu. Di England pun Winston Churchill pernah membentuk Kabinet perang masa Perang dunia kedua.

3. Bubar Parlimen dan biarkan rakyat pilih semula wakil mereka untuk membentuk kerajaan mengikut ketetapan perlembagaan. Kalau kita menghadapi jalan buntu memilih PM langkah ini perlu dibuat segera kerana kita tidak boleh berterusan membiarkan ketidaktentuan politik terus menjejaskan economi negara.

Sepertimana titah YDP Agung rakyat diminta bersabar menghadapi keadaan yang tidak menentu ini. Berilah peluang dan ketenagan kepada baginda membuat pertimbangan untuk penyelesaian perkara ini dengan sebaik mungkin untuk kesejahteraan rakyat… Banyak masalah timbul kerana sikap kita yang kurang sabar. Tak usah lah menyibarkan sesuatu yang kita kurang pasti….

Dari atah wakah di kapung nelayang jeragang berharap walau apa jadi biarlah kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara akan tetap terpelihara…… Jeragang

%d bloggers like this: