bukan hanya kerana pulut santan binasa….

Belalang daun dan padi… Nasib Kau lah belalang…….

Pada dasarnya pandangan jeragang parti-parti politik lebih bertanggung jawab menghadapi susana bergolak semasa ini, tapi masih ada kenyataan yang tidak bole diterima dikeluarkan oleh pemimpin tertentu seperti tuduhan khianat yang lebih merupakan pandangan individu, boleh menjejas suasana aman sekarang dan mengundang kemarahan pihak yang dituduh.. Tuduhan penubuhan kerajaan pintu belakang juga tidak patut kerana dimana pintu pun masih tidak ketahuan

Bukan ini masanya menghentam dan provokasi yang melampau. Mereka yang terlibat harus faham keadaan begini sungguh pun terkawal tapi memberi kesan langsung kepada pelabur. Perangai tak sayang mulut ini memberi kesan terus kepada pasaran modal yang sepatutnya telah dapat momentum meneruskan rally pendakian…..

YDP Agung telah mengambil langkah luar jangka untuk berjumpa sendiri semua ahli parliament sebelum melantik PM untuk membentuk kerajaan baru mengganti kerajaan PH yang runtuh kerana krisis dalaman.. Walaupun baginda telah boleh membuat lantikan tapi langkah berhati-hati yang diambil oleh baginda seharusnya difahami betul-betul kerana inilah pertama kali YDP Agung menjalankan peranan eksekutif. Sebarang tindakan baginda sudah pasti menjadi precedent nanti…..

Tindakan bijaksana YDP Agung bukan sekadar dapat mencari kepastian siapa sebenarnya mempunyai majoriti tapi baginda dapat membaca aspek physikologi bila bertemu muka. Pastinya keputusan yang akan dibuat nanti adalah berdasar kepada maklumat dari sumber langsung tidak hanya bergantung kepada sumber sekunder. Apa yang penting adalah bukan sahaja memberi keadilan kepada rakyat tetapi menzahirkan keadilan itu dimata rakyat….

Sekiranya dengan wakil-wakil rakyat yang sedia ada kita dapati tidak jelas komposisi sokongan yang majoriti, cara yang dibuat oleh YDP Agung adalah bijaksana, teliti dan berhati-hati . Maka dalam hal yang demikian sudah patut sangat kuasa memilih dipulangkan pada rakyat… Kemungkinan juga tuanku sedang mempertimbangkan untuk membubar parliament…

Pada hemat jeragang Kuasa memilih perlu dikembali kepada rakyat dengan membubarkan dewan rakyat… Awok2 kelaut patut bersedia mana tahu dok lama lagi kita nok kena gi ngundi, jeragang

%d bloggers like this: