MasyaAllah hebatnya institusi Raja berpelembagaan….

Dengan bismilah jeragang membuka kalam coretan posting kali ini. Segala pujian hanya bagi Allah, tuhan pemerintah seluruh alam. Selawat dan salam keatas nabi junjungan Rasulullah SAW, ahli keluarga dan para sahabat baginda….

Alhamdulillah mahasuci Allah, tuhan yang maha pemurah lagi maha mengasihani… Hamba yang fakir ini bersyukur diberi rahmat mendiami negara Malaysia ini… Walau dikata ada kemelut politik dewasa ini tetapi bagi jeragang hanya satu kemelut politik yang memerlukan penyelesaian segera kerana telah menjejaskan penghidupan rakyat dan ekonomi negara. Syukurlah nampaknya pemimpin dan perti politik walau pun sebelum ini dikata telah memanaskan suasana sosio-politik negara, telah mengeluarkan kenyataan yang rasional… berbanding dengan tindakan parti-parti politik dalam krisis tahun 1969 tindakan parti dan permain politik hari ini jauh lebih matang…. kenyataan mereka nampaknya kearah mengendurkan ketegangan dan mengagaskan solusi yang walaupun kita masih lihat pengapian disana-sini

Sebermula dalam epilog kemarin jeragang sudah ada sebut sudah nampak jalan penyelesaian terhadap kemelut politik yang berpanjangan berpuca dari pembentukan kerajaan Malaysia Baru yang menjanjikan penggantian PM, kegagalan kerajaan memenuhi ekspektasi rakyat sebagaimana janji manismu dalam pilihanraya, terlalu menyalahkan kerajaan lama sebagai alasan gagal menangani masalah rakyat dan kepincangan dan ketidakupayaan jentera tetapi anggotanya membodohsombongkan diri pula. Kebahagiaan dan kemakmuran dijanji sebagai upah penggantian GST rupanya membawa merudumnya ekonomi, menaikkan harga barang dan menghimpit kehidupan rakyat. Harga minyak kereta mahal disuruh minum minyak sawit sesudu seorang. Jeragang dapat mengesan usaha sedang membina infrastruktur untuk penyelesaian masalah politik semasa.

Jeragang tidak menduga timbul jalan penyelesaian yang terbuka luas kepada ahli-ahli parlimen. Kebawah DYMM SPB Yang Dipertuan Agung telah berkenan menerima perletakan jawatan PM Tun Mahathir dan melantik PM interim menjadi ekspresway kepada mana-mana MP, ahli dewan rakyat yang sanggup membayar tol dilantik sebagai PM dan membentuk kerajaan yang baharu. Bayaran tol yang ditetapkan oleh perlembagaan adalah membuktikan kepada Yang Dipertuan Agung pihak mereka mempunyai number untuk dilantik sebagai PM.

Allahuakbar, Engkaulah tuhan yang Maha besar dan Maha berkuasa, Engkau lah penguasa segala raja-raja dan kerajaan. Hanyalah Engkau yang boleh menarik balik kerajaan dan memberi kuasa menubuh kerajaan kepada siapa yang kau kehendaki. Dalam kes Malaysia sekarang ini YDPA boleh menggunakan budi bicara melantik sesiapa sahaja dikalangan Ahli Dewan Rakyat, termasuklah PM interim, yang pada pandangan baginda mendapat sokongan majoriti ahli-ahli dewan sebagai Perdana Menteri.. Alkesah, maka laluan telah terbuka luas kepada ahli-ahli Dewan Rakyat secara bersendirian atau berkelompok atau melalui parti politik tertentu atau gabungan mana-mana parti politik menyembah maklum kebawah duli Tuanku YDPA yang dia telah mendapat sokongan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat dan mohon perkenan tuanku dilanti sebagai PM dan seterusnya membentuk kerajaan. Maka selepas ini jangan lah ada PM tepi………..

Daulat Tuanku patik menjunjung kasih diatas langkah bijaksana tuanku menyelesaikan masalah ini dengan memberi keadilan kepada rakyat. Rakyat telah memilih wakil mereka di Dewan Rakyat. Biarlah mereka menggunakan perwakilan yang diberi secara bijaksana juga untuk kepentingan rakyat.

Semuga Allah memelihara dan merahmati pemerintahan duli tuanku. Ampun tuanku sembah patik mohon diampun, jeragang

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Info-terbaik

Berbagi Informasi itu yang terbaik

kapung nelayang

......... cetusang rasa dari atah wakah

Food and Everything Else Too

Food News Entertainment Politics

Bina Negara Bangsa

Jom...kita bina negara bersama

(Midlife) Adventures in 21st Century Dating & Mating

Social exploration and sensuous stories with a serious side.

Dayak News Portal

Independent News

trans4m.C

transforming mindset

%d bloggers like this: