Epilog seorang jeragang dari wakaf siber…….

Pengajaran yang jeragang perolehi dari pengalaman berpuluh tahun hidup dikampung nelayan samada yang sepenuh masa atau suatu juzuk masa cuma, adalah hukum Allah itu tidak pernah mungkir…… Selapas raya cina akan datang anging yang sangat ngesik kata orang kapung jeragang dok buleh buka mata kerana kelajuan anging membawa percikan air ombak hingga berbatu-batu ke pendalaman…. maaflah nie kisah turung-temurung sebelum system metrik diguna di mesia kita…. Lening jeragang faham bahawa kita telah hidup jamang Malaysia baru….. tapi apa yang baru?, adakah cuma janji-janji manismu….

Selepas angin ribut reda dapatlah orang kelaut mengambil peluang dari harga ikan yang masih mahal dan keadaan ombak yang sudah kurang memecah untuk turung mencari rizeki. Inilah masa until mendapat pulangan yang lebih baik dari musim biasa….. kalu musim yang tenang sangat selalu pulok kehidupan yang menjadi susah yaitu nok cari ikan jadi payah dan rega pun murah………..

Begitulah juga suasana yang bergolak dalam negara…. Alhamdulillah keadaan politik yang tidak menentu pasal penggantian PM dengan desakan, tolak menolak, lobi melobi untuk dapat number yang perlu untuk majoriti sehingga ada yang mengambil peluang meminta yang berkenaan tu PM tepi jer.……. telah nampak kearah penyelesaian kebetulan lepas cina raya gak, tapi belum nak habis lagi… oleh kerana keadaan masih bergolak masih belum ada ketentuan yang pasti…. tapi bagi jeragang walaupun parti-parti politik bercakaran secara nyata dan sembunyi kita tidak boleh melupakan peranan pihak bukan politik kerpatian yang sedang berusaha untuk kedamaian politik, pemulihan ekonomi dan kesejahteraan rakyat yang hidup dalam kesempitan… perlu ada gerak kerja dan jentera yang perkasa untuk pemulihan ekonomi. Kita tidak boleh mengharapkan janji politik untuk menang pilihan raya sahaja. kita perlu kerajaan yang berwibawa untuk memacu pertumbuhan ekonomi supaya mececah lantai dengan segera dan bingkas melonjak untuk mengaum semula sebagai harimau….. cukuplah sekadar itu kita bincang lengkali aja

kita biarkan ahli-ahli politik menjalankan tugas yang mereka duk cari-cari itu … marilah duduk sama jeragang, awok-awok dan saing-saing atas wakaf ning. Kita bincang pasal kelaut kita… pengalaman dah mengajar kita turun-temurun disinilah tempat kita berkira-cara memula langkah turun kelaut meredah samudera untuk mencari rizeki Allah yang telah disediakan untuk kita masing-masing atau sesama kita bole belaka hok mana se atau kedua-dua….

hok tentu duk belojor dari pengalaman atas wakaf untuk membangunkan system dan sebagai pedoman membuat keputusan penting sudah tentu adalah…. jeragang

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: