pahit jangang dibuang…..

Bangunan rumah putih masih lagi kukuh, tesergam indah menghuni kawasan MAEPS. Terletak bebetul bersebelahan exit ke Putra Jaya dari lebuhraya SKVE….. di sebelah rumah putih adalah rumah persatuan MARDI dimana ditempatkan semua NGO yang ada di MARDI termasuk MASMARDI. Oleh kerana tempat itu kurang diguna kerana banyak persatuan lebih senang berurusan dari ibu pejabat MARDI tempat ini nampak seperti terbiar usang dalam keindahannya…. tinggal lah MASMARDI yang masih setia mengguna tempat ini untuk bermesyuarat, kalu dulu bersama MTCSB tapi MARDITECH dan sekutunya pun telah berpindah …. tempat ini penuh dengan sejarah dan kenangan pahit manis jenerasi awal MARDI. Bangunan ini menjadi sebahagian daripada tempat urusan MARDI di peringkat awal , apabila Serdang estit dibeli untuk dijadikan ibu pejabat MARDI. Umah putih sebenonye umoh meneja estit…. yang pahit gimana pung jangang lah nok tohouk buang…. kerana yang pahitlah penawar yang memanis tu banyak nya racun dan punca penyakit… maka itu lah pasal MASMARDI merasa perlu mencadangkan peranan baru tempat ini…. Pihak MARDI secara dasarnya bersetuju membenarkan MASMARDI memajukan rumah putih dan rumah persatuan sebagai pusat kegiatan alumni…..

rumah putih dalam kawasan MAEPS, dihujung sana rumah persatuan

Rumah putih dan rumah persatuan MARDI nampak dipandang dari SKVE.. amat menarik dengan kehijauan nya, ladang dan kadang kuda yang diurus Majlis Ekuin Malaysia bersebelahannya, tak jauh dari situ kebun kopi dan house of kambing. Menuju keutara pula, tidak jauh dari situ adalah laman padi, tasik dan laman perikanan serta pavilion negeri-negeri pula disebelah majlis ekuin…. Disitulah juga terletak taman nanas, laman jentera dan The Plot by Apadana Agro…. bunyi yang amat menarik bagi telinga pengunjung taman agro-pelancungan MAEPS

Kemungkinan ahli-ahli MASMARDI berkesanggupan menjadikan tempat ini sebagai tempat pertemuan untuk bersosial dan berbisnes sambil mengerat silaturahim. Ahli MASMARDI boleh promo produk dan khidmat mereka untuk menjadi showcase disini yang boleh dikoordinasi oleh persatuan…… Selain tempat pertemuan merunding bisness apa pula cadangan anda…. kami suka mendengarnya, persatuan tentu boleh memenfaatkan apa saja hasil percambahan idea ahli-ahli MASMARDI disini…

Penghuni terakhir rumah putih adalah MARDI venture
Rumah persatuan dimana terletaknya pejabat MASMARDI

Rumah persatuan akan disusun semula kegunaannya tetapi semua NGO berkenaan masih ada tempat disitu. Pengurusan rumah persatuan yang berwajah baharu akan dijalankan oleh MASMARDI….. Pihak MARDI dipohon menyenggara tempat ini sehingga persatuan mampu untuk mengurus menyediakan kemudahan dan khidmat yang diperlukan

Begitulah membaik pulih dan guna semula rumah yang cantik ini… mungkin akan ada cadangan lebih baik dari tuan puan yang bistari, jemput ke wakaf bertemu bincang. Salam hormat… jeragang

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: