Kenduri Kawin: Riuh Sekapung

Sanak saudara jauh dan dekat datang berkunjung yang senggang dan yang rapat turut gumbira meraikan…

Sahabat handai jiran tetangga turut menghulur berkongsi belanja meringankan kerja mengendurkan gusar… Maka berkampung lah mereka menyedia hidangan menjadi penanggah… Mengemas balai menyuci bekas… Itu lah adat orang kita turun temurun. Berat pakat pikul rekngang pakat jibik….

Namun seiring masa berlalu zaman berubah suasana berganti… Perkhidmatan katering mengambil aleh.. Kenduri perkahwinan sudah menjadi industeri… Siap berpakej konsep dan tema… Berkampung sudah tidak releven lagi… Tambah grand dan berprestijes… Dengan pakaian… Foto dan video pelamin dan hiasan kad keras dan lembut telegereng dan wasek… Jangang lupa goodies bag…. Telo meroh dan telo bungkus kertas tisu sudah opselit oredi kata omputih…

Begitulah pembangunan dan kemajuan telah menukar cara dan keutamaan kita.. Nilai-nilai kemanusiaan sedikit demi sedikit atau secara mendadak telah dimamah nilai komersi…. Namun masih hangat dikalangan sahabat jeragang berdebat mengenai payahnya pengamalan teknologi dalam pengusahaan masyarakat banyak..

Begitu lah sekilas pandang jeragang napok dari atas wakah di kapung nelayang maya ini…. Hok masih
kurang berdegih perubohangnya jeragang wasa adalah transformasi minda.. Malaysia baru ini masih kuat dicengkami belenggu persepsi dan fitnah yang kian berleluasa….. jeng jeng jeng

%d bloggers like this: