Hampir 35 tahun berkhidmat dengang MARDI, seantero dunia seluruh negeri pok boleh gi zekroh. Mengurus dang mengepalai urusang pentadbirang dang kewangang banyak isue nak kena selesai. Biasa kalu isue peting perlu perhatiang segera sahaja jeragang turung kelapangang kalu tidak, Pok.jeragang dengang yaking lepas awok-awok buktikang kebolehang masing-masing……. Biasanya kalu keluar, Pok.jeragang suka menginap di hotel yang selesa dengan kemudahang yang bole beri ketenangan minda…. ambil masa senggang untuk menulis report atau cadangan hasil pemerhatiang semasa turung padang. Bagaimana pung kalu keja di teganu Pok.jeragang akang balik kapung kalu ada peluang dimasasenggang, jupe sedara-mara dan saing-rodong… tapi bila dah penceng puok-puok MASMARDI ajok tidur hotel pulak kat sebelah sejid putih……

Kebiasaang pok.jeragang kalu balik teganu selepas semayang subuk gi tepi pantai tengok matari tubit.. oleh kerani pagi nie solat di sejid putih jadi pok pegi dekat tebingang datarang soh bandor melalui padang Naya. comel sungguh tengok drobreh dipancor sinarang matahari

laluang melalui tebingang sungai Teganu pepadi gining amat nyamang dang menyenangkang.. hebusang bayu pagi dari laut china selatang menyegorkang teringat jamang kelaut mukat dalang ritu kalu masuk kuala pepagi gini tentu sarat muatang dengang ikang…lepas subuh gini sejuk bedooh lalu, nyengat sapai ketulang punggong…. duduk berehat alek monggeng muto kalu dok cabut ikang di pukat kalu jerengeng skit mata katup selalu……

beginilah pandangan ke hujung tanjung Seberang Takir hok sudoh kena tambung semula lening dari seberang sungai. Berjalan kaki ikut tebingang sungai pepagi gining memang lah satu nikmat yang kita dapat free tapi dok berapa nok kita nikmati dang hargai

Ini pula pemandangang Drobreih diwaktu petang pok.jeragang snap tidak jauh dari hotel grand cont… ramai orang bandoraya koala teganu turung menikmati keindahang disini…. Masa pok.jeragang pegi pembinaan di kawasang sekita belum sempurna lagi… oleh itu kena bersabo lah dengan sapoh sarap yang tidok diurus dengang sempurna… Minta pihak Majlis jaga dang ambik berat pasai mentenenens kemudahang awang dan tidak membiar sapoh sarap naik kemata

Beloh alik sana bereih di hujung tanjung Seberang Takir telah di bina laluan jalang raya 2 hala, lebor molek jalang di Bandoraya Teganug kite… Jalang macang nie boleh sampai ke teseng kapal terebang di telaga bating ikut alor tapang….. ramai orang bersesak kederaang di waktu petang. Walau pun sesak di telok tapang dia dok ganggu laluang ker epot. Jalang pantai bersambung terus ke Tok.jembal dan bersambung dengan laluan jalan pantai ke Kuala Besut dang Tok Bali ke ke Kelatang. Cuma jalang bawoh nie terdedah kepada anging Laut China Selatang. Kalu musing gelora, laut berobak ganah nyer duk bahang pantai. Aruh bawah luat pula duk keruk pasir bawak lari kelaut… jadi pihak JPS telah menambak batu di tepi pantai dan penahang ombak di sana sini. Hakisan pantai ini bukang perkara baru doh belaku zamang-berjamang di Teganu kita dari Kuala Besuk ke Kuala Kemamang…..Napok jalang bawoh nie baru jer siap tapi robek selalu bahang dombok….. saloh ombok ker saloh engineer……. mung pikir sediri laaaa

Sambil dok nerek kut tepi tebing, kekadang turung pata kekadang masuk hutang dari kuala sapai kehulu pok duk sekroh… dari pulau di tengoh lautang bidong redang peretiang tinggul apa lagi pula kapah hok rekngang sekali, sapai kepulau dalam sungai dang tasik kenyir Pok.jeragang sampai belaka doh, sama ada gi kerja atau gi zekroh saja-saja berekreasi dang menyumbang khidmat mengadakang ekspedisi saintifik dan juga menganjur evan promosi… Banyok kali menyayat amat menyayat hati, banyak kemudahang awam berpuluh juta ini tertinggal bergelumang dengan sampah sarap, robek, serpeh, potoh riok sana sini, atap tirih dang bocor…… masih bole lagi nyata ditengok dengang mata kasor walau pug dok pakai cerming mata………. sebagai sorang hok pernah duduk alik sana, memanglah payoh menimbul kesedaran sibik untuk jaga premis awam ning, tapi mari gok di pikirang orang tua ning…. kalu payoh pung dok kang kita nok biar karaq-dekuh dang patoh-riok gitu jer tunggu orang kompling….. ning hok pok jeragang duk perati lah mungkin banyok lagi dok napok mmata…… Pok.jeragang

Leave a Reply