mengenang kembali: disini suatu masa dahulu

Inilah kampung ku, Kampung Tanjung Gelam, tempat dilahirkan lebih 66 tahun dahulu tempat mengenal alam pekerjaan, tanggung jawab dan penanggungjawaban…. rang, wakaf dan kedai kopi semuanya telah menjadi institusi penting dalam kehidupan pok.jeragang… suatu masa dahulu kampung nie meriah… ada orang mukat tangkul, ada orang mukat dalang…. kolek perahu sekuci menempel menjadi sebahagian landskap alam….. belayar bak lukisan coretan pelukis pada kenves…. namun hakikatnya kehidupan disini perit, menitik peluh memerah tenaga…. payohnya nak cari rizeki serial samah kata orang tua-tua disini…. Sekarang semakin hapus tinggal perahu fiber berinjin sangkut dengan nelayang pa’taing… lebih ringan senang dan fleksibel… pendapatan pun sudah bertambah lebih, senang cari pitis, tapi hok susohnya masih jugok dok degis …

Suatu masa dahulu hutan paya yang beso seperti lagoon atau orang kampung panggil ngabang disamping beberapa ngabang kecil seperti beratur sepanjang pesisir pantai dari Tok Jembal hingga ke Tanjung Gelam..  Dalam ngabang besar ada beberapa pulau tapi yang ssohornya pulau besar dan pulau kucing…. Pulau Besar sekarang tempat terdirinya Universiti Malaysia Trengganu atau yu.eng.ti… Pulau kucing telah lama hilang ditelang zamang bersama pulau-pulau lain yang dulunya kejap ada kejap tiada bergantung kepada paras air dan musim….  Sumber air berpunca dari Bukit Maras dan Sungai Nerus…. Banyak sistem saliran telah tersekat, dialih atau tertimbus untuk memberi laluang kepada pembangunan terancang??? Kata dorang gitu lah, Pok.jeragang dok reti gok, nak kena tanya kazeng pok, TPr Liah

Pantai kampung Tanjung Gelam dulu seindah pantai ini tetapi sekarang sudah habis rebih dan terhakis ditelan oleh Laut China Selatan. Tetapi anak cucu Pok.jeragang masih boleh balik kepantai ini iaitu di kampung tok.nyang mereka, Kampung temiang, Seberang Pintasan, Dungun

Begitulah tepaq Pok.jeragang dilahirkan telah beruboh wajah, giveng ways for develoqmeng ikut cakap orang teganu kita, kalu dalang basa omputih beri laluang untuk pebangunang……. Kampung ini sekarang telah menjadi seperti dalang gambor yang gelap tu dang 3 gambor kecil dibawahnya… Dibawah tebing dibelakang 2 pokok besar dalam gambar dibawah ada sebuah ngabang dipanggil ngabang kecil…. banyak udang disitu…. sekarang habih doh kambus pasir yang disepak oleh ombak yang merebih tebing membaham pantai…. pantai dikampung ini sudah tinggal dok banyok kerana tepi laut ditambung batu penahang ombak dimusing laut bergelora….

kawasan lapang dibelakang rangka bangunan dalam gambar iaitu bersebelahan rumah beratap hijau(Anes Chalet) dulu ada rumah kayu bertiang tinggi iaitu rumah kediamang tok.nyang Pok.jeragang, orang panggil mok.ngoh Che.limoh, tempat Pok.jeragang dilahirkan

Di sepanjang tebing ngabang dulu dipenuhi belukar kecil atau orang teganu panggil rok sementara di gigi air dang dalang barang pula ditumbuhi pohong berembang, nipoh, ara, beting dang pena. semasa bebudak pok jeragang guna buah ara dang buah pena untuk buat peluru bedil buluh maing dengang kengkawang. Ada pung buoh nipoh, buoh beting dan buah berembang boleh dimakang kalu lapor. Kami paling takut pokok duri ngokang dan pohong rengas. Kalu tertusuk duri ngokang sangat bahaya dan pokok rengas pula kalu kena getah daung atau buahnya alamaq bekok cobong lah muka dang habis bedang seluruh badang. Ada beberapa tempat diantara rok tepi ngabang dan diatas atau dipangkal titiang ngambor dan mengail. Tempat pok.jeragang dang awok-awok katok siput buat upang tidak jauh dari titiang itu.

Titiang dibina untuk menyeberang ngabang pegi ke Pulau Besar. Cuma 2 keluarga duduk disitu. ada 2 butir rumah sebelah barat pulau berhampiran Pulau Kuching ia-itu rumoh Pok Lik dan isterinya mok.cik itang. Pok.jeragang panggil beliau nyang pula… dia nie seorang qariah bersoranya merdu membaca ayat-ayat suci al-Qur’an dan kadang-kadang beliau dijemput oleh orang kampung membaca syair, hiburang orang jamang ritu. Bagi pok.jeragang nyang pulau adalah juga guru qur’an pok…. sebab beliau selalu juga ajo pok ngaji, membetulkan tajwid dan mengajo tarranum, tapi sempai sekarang dokleh tarannum, benok bedooh lalu. Sebuah lagi umah Pok.Dolah Mandak sekeluarga, seorang tukang umoh tersohor jugak di kapung ning tetapi rumoh dia sediri dok rajing siap, katanya. Kemudian keluarga Pok.de Hing tok.nyadat buat rumah di hujung sebelah timur pulau dekat dengan alor miang, alik batas Kubang Badak , dok jauh dari Keng pulih utang gong badak. Kawasang tu dulu didiami oleh keluarga cik Mat siang, anaknya hok Pok.jeragang tahu Malaya, tokeh ikang berjaya…. sekarang nie kawasan tersebut menjadi bangunan perntadbirang dang stadiung yu.eng.ti. Masa bebudak dulu Pok.jeragang dang awok-awok kerek jalang kaki dari hujung alik barat pulau ke hujung alik timur kerana nyetik burung atau gi ngambor dang tadoh kerok nisang pok.de hing.

Masa dulu-dulu takdok orang bawak anak makang anging atau berkeriasi di pantai. Masa kanak-kanak pok.jeragang berahi derak dalam rok nyetik burung cari, maing baruh cari ikang sekila, mandi ngabang sambil berenang badi jauh sapai jemerang tebing alik barang cari buoh berembang. Paling suka mandi ombak maing tikang papang… tikang papang nie macang kat Hawaii orang maing water skate board laa sambil tunggu orang balik kelaut tulong atur galang dang tarik perahu cari ikang jual ker orang darat boleh seposeng dua buleh belanja sekoloh.. Kadang duk ralik besaing-rodong, mandi ngabang dang maing ombak menyebabkan bebudak seperti jeragang leka hingga selalu ponteng sekolah dan ngaji qur’an. Kalu lapor bahang kerpok reja mamba hok orang jemor atas acok atau panjat nyor muda, dok payah koyok pakai golok parang maing hantuk batang nyor jer. sekali sekala gi tadoh kerok nisang pokde hing, tu kalu main nerik dalang rok… Oleh sebab itu masa kecik dulu kalu nok besaing kenalah pandai berenang dan panjat nyor dulu, kalu tidak dok ajok tapi jangang bimbang kita orang ada skim apperenticeship tersendiri….. transfer teknical know how dari senior kepada junior.

Kalu nok masuk jadi saing dalam group kena pandai berenang dan panjat nyor kalu dok boleh ikut jadi budok suruhang jer sambil diberi latihan oleh senior. Seseorang itu dikira pandai berenang bila sudah pandai berenang bila boleh berenang dengan sebelah tangang memegang pakaian sehingga ke nunggul atau macang tepat mutobot berlabuh. Ramai orang boleh berenang sampai ke nunggul tapi dengan membawa pakaian sebelah tangang dan pakaian dok basoh atau tercelup air hanya yang berkemahiran saja boleh melakukan. Pok.jeragang masa umur 6 tahung doh boleh berenang dan bila sudah bersekolah sudah pandai bawa pakaian. Standard kompetensi itu tidak ada tertulis dimana-mana tapi setiap orang dari kami tahu apa yang mahu dicapai dan bekerjasama sehingga semua geng beroleh kemahiran itu.

Begitupun masa tetap berubah jamang bertuko ganti sistem mendapat standard kompetensi telah ditingggalkan begitu saja tanpa ada generasi pewaris macam kami dulu…. Tiada lagi bebudak mandi laut dan menunggu orang balik kelaut, atur galang tarik perahu… perahu papan sudah tiada lagi begitu juga tiada lagi mutobot berinjing dalam berlabuh…. takder lagi perahu papan dang tak perlu jemur pukat dang atur galang tarik perahu, sekarang sudah berganti perahu fiber berinjing sakuq dan tarik pung guna injing tak perlu bersusah payah…. tapi yang masih kekal lepas balik kelaut atau nak turun kelaut mesti minung air kedai kopi…. rang dan wakaf dengan pemaing dam, naik aji dok payoh gi Mekah…….

Dulu banyak bot seperti ini berlabuh disini. Muto pukat dalang saja ada 21 bidang. Pok.jeragang faham sangat statistik ni kerana masa dulu pok pernah minta sumbangan masa kelang, pukat dalang bagi pitis, untuk belanja mengurus Pasukan Bola Sepak Telipot masuk liga Trengganu

Waima nelayang sepenuh masa telah hampir pupus yang tinggal kebanyakan nelayang pat taing jer…. Sudah tidak kedengorang lagi anak muda kampung merantau pegi kelaut tempat orang hingga sampai ke mersing, Endau, Nenasi, Kuala Pahang, Tanjung Lumpur hingga ke Kuala Sedeli. Mereka itu pulang ke kampung masa hari raya dengan lagak dang cerita memasing gi belayo tempat orang. Sekarang mereka sudah menetap berkampung disana. Keluarga Pok.jeragang sendiri sebahagian doh pindoh ke Dungung.. Pok.Jeragang sendiri pung jarang balik kampung kebanyakan masa habis setakat dungung sejak menetap di kolompo sejak mula seteldong…..

namun pengalaman hidup dikampung banyak mengajar pok bukan saja dalam kehidupang peribadi tetapi juga diaplikasi di alang pekerjaang. Semuanya itu masih sego dalang ingatang …. Pok.jeragang

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: