Bagi pihak diri sendiri serta seluruh keluarga Pok Long…. Allahyarham Mohd Yunus Abu Bakar mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua kaum keluarga sahabat handai rakan taulan dan saing rodong jauh dang dekat yang memanjangkan simpati dan ucapan takziah serta apa jua khidmat dan pertolongan sepanjang masa urusan pengkebumian ayahanda kami. Semuga Allah jua yang membalas jasa baik sedara semua..
Kami berharap dapatlah diampun segala kesalahan dan kesilapan allahyarham, termakan terminum minta dihalal.. Segala hutang piutang mohanlah berkira dengan kami untuk diselesaikan… Semuga roh allahyarham bersemadi dengan aman di alam sana. Kami juga mohon maaf sekiranya ada sahabat handai waris waroh dan kenalan ayah yang tidak dapat kami maklumkan… Kepada Allah sahajalah kami berserah..
Seterusnya kami ingin mengambil peluang disini menyampaikan ucapan penghargaan dan terima kasih kami kepada anak-anak muda kampung tanjung gelam yang datang melawat arwah disaat akhir hayat beliau dan seterusnya bersama menyempurnakan jenazah ditanah perkuburan… Kekalkan ukhwah dan sikap prihatin begini kerana masyarakat akan sentiasa perlu khidmat kalian semua….
Kami mohon maaf diatas segala kekurangan dari kalangan kami sekeluarga.. Sempena syawal ini kami juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan selamat hari raya eid-fitr, mohon maaf zahir dan batin.
Salam dari atas wakaf……
Leave a Reply