ek deeng oh dedei

SEMANGAT DARI PUTUSANG MAHKAMAH ENGLAND BENARKAN SAMAN FITNAH TOK GURU DIBICARA PENUH….

img20180501220217.jpg

Sebelum ini ada disebut mengenai perintah mahkamah London berhubung kes saman fitnah PAS terhadap Clare Rewcastle Brown, pemilik Sarawak Report dimana yang telah ditetapkan perbicaraan penuh mulai April 2009 Jeragang mengambil masa sedikit membaca kenyataan media PAS mengenai penghakiman berkenaan serta meneliti respon dari penyokong PAS dan parti lawannya terutama PKR. Bagaimana pun jeragang belum berminat mengulasnya sehingga keputusan perbicaraan sebenar dibuat kelak.

Namun begitu, jeragang rasa agak menarik untuk melihat apa yang terjadi selepas kenyataan media PAS. Setengah pihak berpendapat perkembangan ini memberi gambaran yang Sarawak Report mendapatkan berita dari sumber yang boleh dipertingkaikan kebenarannya memberi kesan pandangan umum terhadap kredibiliti Sarawak Report sebagai sumber berita yang saksama dan tidak dipengaruhi serta tidak memiihak. Bagi mereka itu jika menggunakan sumber dari Sarawak Reports bermakna kita juga bersubahat mengguna maklumat berasas tomahan dan persepsi dari pihak yang berkepentingan… Kemungkinan juga perkara ini menjejaskan keberkesanan jentera pilihanraya PKR kerana parti lawan mereka mengaitkan PKR dengan Sarawak Report serta penggunaan berita berasas tomahan dan fitnah…. Kemungkinan inilah juga cybertrooper PKR bermati-matian menyanggah dakwaan kemenangan dipihak PAS dengan nada menghina… seperti puak-puak PAS bodoh belaka dan tak paham Bahasa omputih… ini menguji budaya politik matang dan sejahtera yang dipromosi oleh PAS. Soal nya serangan pribadi kepada presiden PAS yang bertubi-tubi dan juga kepada parti berkenaan bolehkan melemahkan gerakan mereka atau dapat menguatkan gerak kerja jentera mereka…… kita tengok keputusan PRU-14 nanti

IMG20180429140814

Kenyataan media PAS juga menjelaskan Sarawak Report berdolak-dalik secara cuba untuk mengubah kenyataan pembelaannya sampai 3 kali. Apakah tindakan mereka itu seperti kata orang tua-tua, cuba menegakkan benang yang basah. Kemungkinan juga Sarawak Report underrated kebolehan pasukan guaman tok.guru dan beliau sendiri yang dianggap sebagai lebai kampung dan undermined minda keintelektualan beliau sebagai seorang berkedudukan tinggi dikalangan ulamak islam sedunia. Beliau sendiri pun terdidik dalam bidang politik. Namun jeragang tidak rasa begitu, kemungkinan mahu menduga sedalam mana laut di Rusila…. Mungkin iya mungkin tidak……

Sekali imbas perkara ini nampak biasa sahaja mungkin silap perhitungan, namun banyak pihak pula mempersoalkan apakah agenda Sarawak Report disebalik laporan nya itu atau Sarawak Report itu sendiri adalah satu agenda puok-puok tertentu… gerak hati jeragang lebih kepada yang kedua ini… wallahualam

img20180430122339.jpg

Apa yang menarik adalah kenyataan media tersebut mendakwa percubaan Sarawak Report melindungi sumber beritanya ia-itu AMBIGA, Mantan Pengerusi BERSIH dari diganggu oleh pihak PAS. Ambiga yang telah dimertabatkan sebagai bersih oleh orang Harapan rupanya bermaing kotor…. Ambiga yang juga dikatakan bekerja kuat untuk memenangkan Pakatan Harapan bergelumang dengan kekotoran , tomahan, syak wasangka dan pempromosi budaya fitnah. Kalau sudah emaknya borek tentulah anaknya rintik kata mereka.

Sekurang-kurangnya perkembangan ini diharap boleh meredakan fitnah bukan kerana keputusan itu, kerana keputusan itu tidak dapat menggerunkan penyibar fitnah. Mereka itu terutamanya cyber trooper tidak akan terkesan sangat dengan denda jika diambil tindakan mahkamah. Mereka bemampuan untuk membayar dan kemaluan pun boleh dibuat tidak peduli sahaja, lama kelamaan akan hilanglah dia. Sebab itu kita perlu kepada perlaksanaan hukum islam di bumi Malaysia tercinta ini. Bagaimanapun ia memberi kesan kepada kepercayaan ramai dan penerimaan oleh khalayak terhadap tuduhan PAS menerima dana

IMG20180428095156.jpg

RM90 juta itu dan tuduhan lain yang mungkin akan menyusul. Apa yang nyata tinjauan jeragang diperingkat akar umbi peristiwa ini telah meniup semangat pekerja pilihan raya PAS dan dapat menambah keupayaan pasukan perayu undi mereka menangkis serangan parti lawan. Namun proses untuk mendapat penghakiman sebenar nya masih jauh lagi jalan yang perlu dilalui.

Sebaliknya kenyataan media PAS telah dapat menyerlah keupayaan parti tersebut dalam mengurus krisis dan menjejaki punca suatu masalah untuk mencari penyelesaian. Sekarang barulah jeragang dapat memahami dan boleh menghayati mengapa PAS mampu mengemukakan workable solution dalam mentadbir negeri…. Maka tidak heran mengapa PAS boleh berani menggemukan formula memerintah negara….. seperti kata Ustaz Nik Amar, Naib Presiden PAS dalam gaya bersahaja style orang kampung…… kito ado oghe dan caro kito nok urus negaro kerana kita ikut isle… beri kito pelue baru tau buleh ker doknyo ….. dokene…? Oleh itu bagi jeragang, kita tak perlu merasa rendah diri menjadi orang kampung kerana kampung tu sendiri memberi makna himpunan idea dan tenaga, sepadu dan sepunya. Tun Salleh Abas, mantan Ketua Hakim Negara, seorang daripada pasukan peguam PAS di Malaysia pun dengan gaya bersahaja orang kampong, hampir jeragang tidak dapat cam ketika berjumpa semasa beliau ditepi jalan tempat orang menjual durian…. sah bila dia menjawab bila ditegur, Tun….

20140830_070426

Oleh itu janganlah merendahkan minda orang kelaut… Tok guru pung kira orang kelaut jugak… Hendak menjadi jeragang bukanya mudah, pengalaman mesti cukup dan kena ada banyak ilmu serta kemahiran bukan sahaja dalam bidang kenelayanan tetapi juga ilmu astronomi, ilmu falak, meteorelogi, Oceonografi dan apa-apa lagi yang jeragang tidak ketahuai. Sepatah kata tok.ki jeragang celuk jari keair tahu doh mana nok gi… bermakna kemahiran menanda dan menuju arah tanpa kompas tetapi menggunakan sumber yang tersedia ia-itu tanda-tanda di laut dan di daratan, bulan dan bintang. Kemahiran yang paling perlu bagi jeragang adalah membuat jangkaan dan mengira rasiko kerana mengurus rasiko adalah wajib ada bagi seorang jeragang merempuh gelombang………

wpid-wp-1446958661759.jpeg

Seperti jangkaan jeragang tindakan PAS mengeluarkan kenyataan media mengenai perkembangan terakhir menimbul reaksi yang mahu kita lihat daripada parti lawannya BN dan PKR iaitu “pertentangan” . Betul kata mereka keputusan ini bukan bermakna PAS menang kerana perbicaraan sebenar bermula…. jeragang tidak mahu mengulas perkara ini sekarang kerana akan dibicara semasa mengulas tentang BN dan PKR, kalu tidak hilanglah sikit modal…. Bagi jeragang semuanya ini telah menunjukkan kemunculan PAS sebagai parti yang boleh bersaing merebut teraju pemerintahan Negara. Dari sebuah parti kecil bertahan menyusuri arus, tidak dipandang kehadiran dalam kancah politik negara menjadi parti yang mampu mengemukakan formula untuk memegang tampuk dengan jentera yang cekap dan gagasan yang mendebarkan dan mengancam puok lawang….

Ek deeng oh dedei jeragang wase, Sarawak Report memberi khabar yang disangka saksama betul lagi benar, rupa-rupanya bermuka penuh diliputi make-up dan make over macam main wayang pekji atau opera china… Beroperasi nun jauh, dari London. Bermaing too nnusuk, lebih teruk dari bermaing wayang kulit, walau pun Wak.long dan Wok.dogol penuh dengan muslihat tetapi tok dalangnya hanya dibelakang pentas…………

jeragang1704968800.jpg

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.