ek de eng oh dedei…..

SUASANA KEMERIAHAN PILIHANRAYA MULA DIRASAI

IMG20180428100817.jpg

Memang niat dihati jeragang hendak meluaskan bicara mengenai ciri-ciri pilihan pemimpin negeri tetapi tetiba perhatian jeragang berpaling kepada 2 perkembangan terbaru persekitaran, yang pertamanya adalah mengenai PAS berjaya mendapat perintah mahkamah menolak kenyataan pembelaan dan menahan Clare Rewcastle Brown, pemilik Sarawak Report, dari terus mengubah alasan pembelaan yang dilihatkan sebagai percubaan untuk melambatkan proses tuntutan saman tersebut. Keduanya adalah kerancakan perang poster sepanjang laluan dari Seri Petaling ke PJ, Shah Alam dan Puchong ke Kuantan. Seterusnya dari rumah di Tanjung Jara Dungun ke Tanjung Gelam, sekarang ini dibawah DUN Batu Rakit melalui Bukit Payung, cover semua kawasan pilihanraya parlimen di Teganu kita kecuali Besut.. Oleh kerana perjalanan ke Dungun hari dah gelap terutamanya dari cherating ke Kampung Temiang maka pandangan jeragang hanya terbatas disepanjang laluan sahaja tidak melihat keadaan disekitarnya… Namun demikian perhatian yang dibuat sepanjang laluan ini melibatkan negeri-negeri WP Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang dan Terengganu

Jeragang melihat bendera PKR dengan BN menguasai kawasan pilihanraya Seputih dan Petaling Jaya. Bila memasuki kawasan Puchong dan Lembah Pantai ke Shah Alam baru ada bendera PAS. Di Kawasan Puchong agak meriah berbanding Shah Alam dan Lembah Pantai… namun begitu PKR masih mendahulu yang lain-lain di negeri-negeri yang mereka kuasai itu.

Sepanjang laluan kami dari Puchong ke Kuantan melalui Lebuhraya LEKAS dan Lebuhraya Kuantan-Segamat jelas sekali bendera BN menguasai suasana terutamanya di sekitar Kuala Pilah dan Pekan tetapi ditempat-tempat tertentu seperti di Bangi bendera PAS dapat menyusup masuk…. Hok jeragang heran nya wakpe bendera PKR sangat jarang kelihatan, hanya menyelit di sini sana, termasuk di kawasan mereka, Indera Mahkota. Disini barulah nampak bendera mereka turut memeriah suasana, itu pun sekejap Cuma. Di negeri Teganu kita sungguh meriah perang bendera ini, berbagai bentuk bermacam rupa bendera di pasang mengikut selera pekerja parti. Di sini nampaknya bendera PAS yang menguasai tempat-tempat yang strategik disekitar laluan utama seperti di Sura dan Atas Tol apa lagi di Rhu Rendang

Perlu diingat bahawa bendera, poster atau yang seangkatan denganya secara langsung tentu sekali tidak dapat menentukan kemenangang sesebuah parti dalam pilihanraya… Tetapi mengapa orang politik berlumba-lumba mengeluarkan belanja besar dan banyak tenaga sehingga boleh bergaduh untuk memasang bendera ditempat yang bahaya pulak tu. Bukankah ini suatu bentuk pembaziran? Adakah parti-parti politik terutamanya parti islam masih mahu bersaing dalam soal ini…..?? Namun begitu terlihat disebalik bendera itu banyak manusia yang terlibat termasuklah kata mereka, orang besar parti yang mempunyai kilang membuat bendera di Negeri China.

Kepada jeragang memasang bendera ini memberi beberapa indikator, antaranya
1. Kekuatan dan kecekapan jentera pilihanraya sesebuah parti politik
2. Keupayaan parti politik mengadakan sumber kewangan atau memotivasi ahli-ahli
3. Sokongan orang muda terhadap sesebuah parti politik, iaitu sudah jadi soal masa depan parti
4. Kesediaan ahli-ahli dan penyokong berkorban untuk parti mengikut kemampuan
5. Bagaimana parti-parti politik mengurus sumber termasuk kewangan, sumber insan, bakat dan kreativiti

Diperingkat ini masih terlalu awal untuk membuat ramalan siapa yang akan menang PRU-14. Namun jeragang napok di Teganu kita hanya perlawanan antara PAS dengan BN sahaja. PKR walau pun sekarang ada kerusi melalui laluan yang diberi oleh PAS masa mereka berpakat dulu, dikatakan tidak berupaya memberi impak besar kepada pertandingan, sekadar mengurang atau menambah majoriti PAS dan BN. Ramai juga dikalangan orang politik menjangka beberapa orang calun PKR akan kehilangan wang pertaruhan….. wallahu’alam. Mari kita pakat tengok lah nanti putusangnya malam 9 haribulang kekgi

3 responses to “ek de eng oh dedei…..”

  1. Mat omar tranung kite avatar
    Mat omar tranung kite

    Jeragang jgn dok gi kelaut. Ssiang ke awok3. Xdok bagiang..
    Seriously.. Malaysia dan rakyatnya sepatutnya lebih maju dan lebih berani utk berubah. 1. Undang2 baru perlu digubal oleh pemerintah agar menghadkan pemasangan bendera oleh parti yg bertanding. Elakkan pembaziran sumber. Jika benar mahu berbelanja, gunakan utk membantu yg lebih memerlukan.. beramal dan berpahala dan meniru sunnah Rasulullah saw… maaf geng kg kedai buluh tranung kite dan yg ‘sewaktu dgnnya’ krn undang2 ini mematikan kreativiti ahli parti. 2. Perlu gubal undang2 melarang pemberian ‘hadiah’ di musim pilihanraya. 3. Fokus kempen kpd penjelasan manifesto parti, kebaikan dan bagaimana mencapainya. Pas telah menjelaskan konsep kerajaan teknokrat. Yg lain patut mengijutinya. Bukan lg serangan peribadi yg membawa kpd umpat dan fitnah yg berDOSA dan punya implikasi kpd kehidupan di akhirat kelak. 4. Bebaskan media. Beri peluang dan keadilan utk semua muncul menjelaskan perjuangan mereka. 5. Bebaskan pihak kehakiman dan penguatkuasa yg lain spt sprm dll dgn ertikata sebenarnya supaya siasatan dan penghakiman thdp semua pihak di sebelah kerajaan yg sedang berkuasa dan pihak bukan kerajaan dpt dilihat bebas dari pengaruh pemerintah. Pengasingan kuasa eksekutif, penggubal undang2 dan kehakiman. 6. Rakyat mesti berani berubah dan menukarkan kerajaan bila dilihat tidak dpt melaksanakan amanah rakyat, sebenarnya amanah Allah, dan boleh kembali semula kpd kerajaan terdahulu atau pihak lain jika ia lebih meyakinkan utk melaksanakan amanah. 7. Kerajaan caretaker mesti berfungsi sebagaimana sepatutnya. Tidak boleh lg memula, meresmikan dan menyediakan bajet bg projek baru, misalnya. 8. Semua kena ingat kuasa dan jawatan adalah amanah Allah yg akan disoal dan diadili di depan Allah dan bukan peluang membina kekayaan sendiri atau org di sekelilingnya tp juga utk berkhidmat kpd rakyat dan membangunkan negara secara berpahala…
    Aaah.. dh mcm penulis tamu pulak ni Jeragang Gang nasi dagang..

    Like

    1. Kalau kita nak mengharapkan orang politik membawa perubahan drastik begitu memang payah sedikit…. Kemungkinan kita boleh memperkenalkan kawalan secara tidak langsung melalui peraturan PBT yang boleh tidak meluluskan poster kerana dari banyak segi kegiatan begini bole menyusah dan membahayakan orang awam…
      Ambe setuju kuasa lebih diperlukan oleh agensi penguatkuasa untuk melaksanakan perkara seperti cadangan itu… Namun begitu kesedaran menyeluruh perlu diberikan kepada rakyat secara suka atau paksarela melalui program yang berstruktur…. Wallahualam

      Like

    2. Jadi penulis tamu lagi laa dialu-alukan

      Like

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.