ek de eng oh dedei…..

SUASANA KEMERIAHAN PILIHANRAYA MULA DIRASAI

IMG20180428100817.jpg

Memang niat dihati jeragang hendak meluaskan bicara mengenai ciri-ciri pilihan pemimpin negeri tetapi tetiba perhatian jeragang berpaling kepada 2 perkembangan terbaru persekitaran, yang pertamanya adalah mengenai PAS berjaya mendapat perintah mahkamah menolak kenyataan pembelaan dan menahan Clare Rewcastle Brown, pemilik Sarawak Report, dari terus mengubah alasan pembelaan yang dilihatkan sebagai percubaan untuk melambatkan proses tuntutan saman tersebut. Keduanya adalah kerancakan perang poster sepanjang laluan dari Seri Petaling ke PJ, Shah Alam dan Puchong ke Kuantan. Seterusnya dari rumah di Tanjung Jara Dungun ke Tanjung Gelam, sekarang ini dibawah DUN Batu Rakit melalui Bukit Payung, cover semua kawasan pilihanraya parlimen di Teganu kita kecuali Besut.. Oleh kerana perjalanan ke Dungun hari dah gelap terutamanya dari cherating ke Kampung Temiang maka pandangan jeragang hanya terbatas disepanjang laluan sahaja tidak melihat keadaan disekitarnya… Namun demikian perhatian yang dibuat sepanjang laluan ini melibatkan negeri-negeri WP Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang dan Terengganu

Jeragang melihat bendera PKR dengan BN menguasai kawasan pilihanraya Seputih dan Petaling Jaya. Bila memasuki kawasan Puchong dan Lembah Pantai ke Shah Alam baru ada bendera PAS. Di Kawasan Puchong agak meriah berbanding Shah Alam dan Lembah Pantai… namun begitu PKR masih mendahulu yang lain-lain di negeri-negeri yang mereka kuasai itu.

Sepanjang laluan kami dari Puchong ke Kuantan melalui Lebuhraya LEKAS dan Lebuhraya Kuantan-Segamat jelas sekali bendera BN menguasai suasana terutamanya di sekitar Kuala Pilah dan Pekan tetapi ditempat-tempat tertentu seperti di Bangi bendera PAS dapat menyusup masuk…. Hok jeragang heran nya wakpe bendera PKR sangat jarang kelihatan, hanya menyelit di sini sana, termasuk di kawasan mereka, Indera Mahkota. Disini barulah nampak bendera mereka turut memeriah suasana, itu pun sekejap Cuma. Di negeri Teganu kita sungguh meriah perang bendera ini, berbagai bentuk bermacam rupa bendera di pasang mengikut selera pekerja parti. Di sini nampaknya bendera PAS yang menguasai tempat-tempat yang strategik disekitar laluan utama seperti di Sura dan Atas Tol apa lagi di Rhu Rendang

Perlu diingat bahawa bendera, poster atau yang seangkatan denganya secara langsung tentu sekali tidak dapat menentukan kemenangang sesebuah parti dalam pilihanraya… Tetapi mengapa orang politik berlumba-lumba mengeluarkan belanja besar dan banyak tenaga sehingga boleh bergaduh untuk memasang bendera ditempat yang bahaya pulak tu. Bukankah ini suatu bentuk pembaziran? Adakah parti-parti politik terutamanya parti islam masih mahu bersaing dalam soal ini…..?? Namun begitu terlihat disebalik bendera itu banyak manusia yang terlibat termasuklah kata mereka, orang besar parti yang mempunyai kilang membuat bendera di Negeri China.

Kepada jeragang memasang bendera ini memberi beberapa indikator, antaranya
1. Kekuatan dan kecekapan jentera pilihanraya sesebuah parti politik
2. Keupayaan parti politik mengadakan sumber kewangan atau memotivasi ahli-ahli
3. Sokongan orang muda terhadap sesebuah parti politik, iaitu sudah jadi soal masa depan parti
4. Kesediaan ahli-ahli dan penyokong berkorban untuk parti mengikut kemampuan
5. Bagaimana parti-parti politik mengurus sumber termasuk kewangan, sumber insan, bakat dan kreativiti

Diperingkat ini masih terlalu awal untuk membuat ramalan siapa yang akan menang PRU-14. Namun jeragang napok di Teganu kita hanya perlawanan antara PAS dengan BN sahaja. PKR walau pun sekarang ada kerusi melalui laluan yang diberi oleh PAS masa mereka berpakat dulu, dikatakan tidak berupaya memberi impak besar kepada pertandingan, sekadar mengurang atau menambah majoriti PAS dan BN. Ramai juga dikalangan orang politik menjangka beberapa orang calun PKR akan kehilangan wang pertaruhan….. wallahu’alam. Mari kita pakat tengok lah nanti putusangnya malam 9 haribulang kekgi