Ek de eng oh de dei : Persoalannya Pilih Parti Atau Calun


Selesai sudah satu milestone PRU-14 ia-itu penamaan calun maka bermula gerak kerja sebenar kempin, poster calun mula dipamer, dijaja mungkin seiring dengan dasar, perjuangan dan tawaran-tawaran parti politik yang diwakilinya. Namun begitu ada perayu undi hanya fokus kepada kredibiliti calun mereka. Kempin melalui virtual space atau media maya semakin rancak…

Persoalan yang didepani oleh pengundi adalah apa yang hendak dipilih, calun wakil rakyat yang ditawar oleh parti politik atau tawaran individu sebagai calun bebas. Apa sebenarnya yang dipilih wakil ke pemimpin?, calun atau parti…? Soalan yang tidak pernah terjawab… Tanggung jawab pengundi adalah memilih calun yang berupaya membawa suara mereka dalam dewan orang-orang yang membuat undang-undang.. Namun begitu mereka mahu lebih dari itu, bukan sekadar wakil tetapi pemimpin yang berada ditengah gelanggang ketika khidmat mereka diperlukan tidak hanya memanaskan kerusi dewan…. Panas nie menurut pendapat jeragang boleh jadi duduk terlalu lama atau boleh jadi tidak memberi sumbangan atau boleh menimbulkan kontroversi … Senang cakap tidak menjadi lah….

Jeragang baru sahaja lepas berbahas dengan orang kuat parti peringkat akar umbi dan orang kanan calun juga… Katanya kalu pengundi memilih calun beratlah sedikit tapi kalu pengundi memilah parti insyaallah boleh menang kerana ramai ahli parti kurang berkenan dengan calun pilihan parti.. Jadi kempen mereka diperingkat permulaan ini adalah mengubat luka dihati pimpinan parti peringkat akar umbi yang menurut nya terguris cuma bukanya menusuk kalbu…

Dalam banyak keadaan PRU-14 adalah pertandingan tiga penjuru atau lebih lagi penjuru setakat yang jeragang tahu ada sampai 5 atau 6 penjuru… Kalau di Pantai Timur Semenanjung secara tradisi turun-temurun pertandingan adalah antara PAS dan BN yang sebenarnya dominasi UMNO. Di sebelah pantai Barat pula pertandingan antara BN dengan pembangkang samada DAP atau PKR atau PAS atau kesemuanya yang dulu dalam Pakatan Rakyat tetapi PAS telah keluar tidak mahu berpakat lagi dan sesekali ada juga parti kecil seperti PRM ikut bertanding. Di Sabah dan Sarawak pertandingan masih antara BN dan pembangkang utama DAP, PKR, PAS dan parti-parti setempat. Berbanding dengan Semenanjung komponan parti BN adalah berlainan dan DAP menjadi parti pembangkang yang utama dan menjadi pilihan pengundi bandar..

PRU- 14 kini berbeza kerana semua parti berkeyakinan bahawa mereka perlu bergabung untuk menang pilihan raya dan memerintah negara. Parti pembangkang yakin bahawa mereka mampu menumbangkan kerajaan BN yang telah berdekat-dekat memerintah tetapi gagal memajukan negara dan menaikan kualiti hidup rakyat. Maka DAP dan PKR berjaya membentuk Pakatan Harapan bersama AMANAH, parti serpihan PAS dan PPBM, parti serpihan UMNO. PAS pula bergabung dengan IKATAN, BERJASA dan NGO membentuk Gagasan Sejahtera..

Namun bagi tujuan PRU-14 pakatan akan bertanding atas tiket PKR… Jadi pertandingan 3 penjuru adalah antara BN-PAS-PKR

Perkembangan ini mencetuskan fenomena baru dalam pilihanraya di Malaysia ia-itu pertandingan 3 penjuru pemain utama untuk ke Putrajaya. Inilah pertama kali dalam sejarah Malaysia parti pembangkang begitu yakin untuk menumbangkan BN dan mengambilalih pemerintahan negara. Pertandingan 3 penjuru dikatakan boleh menguntungkan BN kerana undi pembangkang berpecah dan pengundi boleh beralih arah. Namun ramai pengulas politik kedai kopi berpendapat terlalu payah penyokong PAS untuk memberi undi kepada BN jadi mereka akan beri kepada PKR. Penyokong BN yang tidak bersetuju dengan parti pun akan beri undi kepada PKR juga… Maka dalam pertandingan begini Kelebihan kepada PKR… Kalah menang akan bergantung kepada keupayaan parti meraih undi mereka yang diatas pagar

Et de eng oh dedei ikuk panda mung lah nok pakoh hok mana pung. Hok comelnya pilihlah calun yang berkemampuan membawa dasar perjuangan parti

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.