Ek de Eng oh de dei…..

Setelah sekian lama menyepi tidak turun kewakaf, entah bagaimana teringin pula jeragang nak berbicara pasal politik yang menjadi kebiasaan jeragang buat analisa dimusim pilihan raya. Maka jeragang pun menyemak semula beg toolkit dan kitab-kitab rujukan dalam lemari…. Alhamdulillah masih tersedia flatform analisa yang jeragang bangunkan semasa belajor MS strategic dulu iaitu model statistic interaction yang dipelajari dengan Prof. Chackoo dan strategic logic matrix yang dibangunkan bersama rakan-rakan di INSEAD Fountainblueu suatu masa dulu….. Maka untuk PRU 14 jeragang pun mengadakan satu portfolio baru di kapung nelayang ini yang jeragang namakan ekde eng oh dedei kata omputih atau dalam Bahasa Teganu kita, at the end of the day.. Memula kita tinjau hari penamaan calun di Bahagian Pilihanraya P122-Seputeh

Sebelum turun kelapangan jeragang kini mengikuti perkembangan melalui social media dan radio tv serta perbincangan kedai kopi. Sekurang-kurangnya jeragang sudah meneliti manifesto Gagasan Sejahtera, Pakatan Harapan dan Barisan Nasional. Kalau masa pilihanraya lalu turun ke Johor dan naik ke Pulau Pinang serta Langkawi.. tahun ini rasanya akan berlegar disekitar Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka sebelum ke Pahang terus Kelantan dan patah balik ke Teganu kita, langsung mengundi Sekolah Kebangsaan Mengabang Telipot. Pada pandangan jeragang piliharaya kali ini agak sengit tapi tidak akan ada tsunami yang digembar-gemburkan . Suasana pilihanraya akan berligar di sekitar scenario berikut ini:

1. Berleluasanya persepsi, ketidaktentuan dan kebimbangan yang dieksploitasikan oleh parti-parti politik pemain utama dalam PRU-14. Walaupun PAS katanya mempromosi politik matang dan sejahtera ianya terlalu awal untuk melihatnya berligar ditengah gelanggang.

2. Peranan social media dengan capaian yang meluas menjadi senjata kepada parti-parti yang bertanding untuk kempin mereka. Namun keberkesanannya meraih undi pada asasnya masih belum mampu menandingi keberkesanan jentera parti merayu undi secara konvensonal.

3. Pola dan trend kempin serta pengundian yang berasakan kepada bandar dan luar bandar masih lagi berleluasa… Parti-parti politik masih lagi memainkan isu mengenai citarasa pengundi berasaskan sentiment kumpulan ethnic walaupun membincangkan issue nasional dan global

4. PRU-14 dikatakan ibu kepada pilihanraya di Malaysia kerana berlaku perubahan besar gelombang rakyat untuk menumbang kerajaan yang gagal mengurus ekonomi dan menjerumuskan Negara dengan beban hutang menyebabkan rakyat menaggung beban. Namun bagi jeragang masih lagi nampak jelas masih lagi tidak boleh lari dari persoalan tradisi ia-itu pertentangan mengenai kebangsaan melayu, demokratik Malaysian Malaysia dan apa yang dikatakan perjuangan menegakkan system islam.

5. Sebahagian pendapat mengatakan wujudnya pertentangan dan pertembungan gerakan berasaskan sentiment keagamaan ia-itu gerakan gereja Kristian dan usaha mengembalikan maruah islam setaraf dengan kedudukannya sebagai agama persekutuan. Namun demikian sejauhmana wujudnya perkara ini sentiasa pula dipertikaikan..

Mengikut perkiraan Jeragang semuanya ini, sekiranya dijejaki masih boleh dilihat dengan jelas sebagai manefestasi ketidakupayaan parti pemerintah dominasi UMNO memberi penyelesaian kepada masalah keperluan asas rakyat dan keharmonian hidup bernegara dikalangan masyarakat pelbagai kaum dan berbilang ethnic.

Ek de eng oh de dei jeragang wase tema utama pemilihan di Malaysia yang kita cintai ini masih lagi bertemakan cakap tidak serupa bikin….. bila berdebat bukan main lagi membangkang berapi-api tapi masa mengundi tidak berani memangkah selain daripada yang sedia ada… pembaca boleh tidak bersetuju dan perbezaan pendapat yang rasional dialu-alukan, kerana disini hanyalah pendapat seorang nelayan tua dari atas wakaf..

jeragang1704968800.jpg

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: