




Kampung morten adalah perkampungan melayu ditengah-tengah bandar melaka.. Jeragang kurang pasti asalnya dulu kampung nelayan ketidak… Rasanya bukan tetapi yang menariknya landskap kampung ini berwajah tradisi orang melayu melaka…. Ada hampir 200 lot rumah di kampung ini… Ada rumah yang dijadi homestay, muzium, gerai dan restoran.. Walau apa pun persepsinya kampung ini dikenali sebagai living muzium….. Kedudukannya strategik ditanjung lengkokan sungai melaka….







Suasana menarik dan terjaga walau pun tidak rapi… Kemudahan awam yang sepatutnya ada disediakan untuk untuk keselesaan pengunjung… Penyertaan penduduk tempatan dan setempat menyedia kemudah terutama makanan dan penginapan menjadikan melaka negeri yang menarik untuk dikunjungi… Jeragang dah lama tak masuk ke bandar melaka kerana selalu berhenti setakat air keroh, kuala linggi dan lundu/alor gajah sahaja kerana berkepentingan cuma disitu….
Melaka pada pandangan jeragang bandar yang bersih dan menarik… Tapi tahab penyenggaraan masih belum cukup tinggi… Masih kedapatan air longkang bertakung dan berbau hapak dijalan laluan pelancung dan tempat makan tertentu… Rasanya sahabat jeragang rosli buang atau tok.naim sendiri kena tengok ning …… assalam, Jeragang
Leave a Reply