Melaka: tebingan sungainya indah dan meriah

Kami tiba petang khamis… Pepetang begini cruishing sg.melaka bangkali menarik… Selepas check in di the shore@melaka.river kami pegi booking ticket tapi sayang untuk hari ni dah sold out….
Tiada pilihan kami sekeluarga menapak sepanjang laluan yang disediakan… Amat cantik dan menarik gabungan cahaya lampu dari binaan buatan manusia dan tumbuhan semulajadi di tebing sungai yang menjadi lanskap indah tebing sg melaka. Cucu-cucu jeragang bukan main seronok….
Sesekali kami berhenti di perhentian dan wakaf yang di sediakan sambil memerhati cruish yang pergi dan datang sarat dengan muatan manusia dari segenap pelusuk dan rantau… Patutlah ticket sold out
Kami menginap di residensi 3A theshore@melaka.river setentang dengan penghujung kg.morten
Kg.morten suatu tanjung di lengkok sungai melaka jelas kelihatan dari tempat penginapan kami tingkat 14 theshore@melaka.river

Kampung morten adalah perkampungan melayu ditengah-tengah bandar melaka.. Jeragang kurang pasti asalnya dulu kampung nelayan ketidak… Rasanya bukan tetapi yang menariknya landskap kampung ini berwajah tradisi orang melayu melaka…. Ada hampir 200 lot rumah di kampung ini… Ada rumah yang dijadi homestay, muzium, gerai dan restoran.. Walau apa pun persepsinya kampung ini dikenali sebagai living muzium….. Kedudukannya strategik ditanjung lengkokan sungai melaka….

Bebunga yang berbagai jenis dan warna menghiasi kedua2 belah tebingan sungai melaka cantik dan menarik…. Menambah keselesaan mereka yang berjoging sepanjang laluan yang disediakan
Suasana pagi yang indah dan nyaman di sepanjang laluan pejalan kaki menarik minat orang ramai menjadikan nya laluan untuk berjoging
Pemandangan menarik dari sudut foto yang turut disediakan untuk peminat fotografi… Ini jambatan stesen bas lama berhampiran panggung bangsawan melaka
Sebelah sana tebing setentang Panggung bangsawan adalah the pirate park… Taman thema- satu lagi hiburan untuk tarikan pelancungan…
Monorail juga turut di sediakan di sepanjang laluan sungai melaka… Menarik untuk pelancung meninjau keindahan sungai melaka dan sekitar melaka bandaraya warisan dunia… Tapi nampaknya nok ing operaseng kata orang kapung ambe
Jambatan hang tuah… Cantik dipandang dari tebingan sungai berhampiran dengan medan selera sungai melaka
Segar dan nyaman laluan melalui bawah jambatan

Suasana menarik dan terjaga walau pun tidak rapi… Kemudahan awam yang sepatutnya ada disediakan untuk untuk keselesaan pengunjung… Penyertaan penduduk tempatan dan setempat menyedia kemudah terutama makanan dan penginapan menjadikan melaka negeri yang menarik untuk dikunjungi… Jeragang dah lama tak masuk ke bandar melaka kerana selalu berhenti setakat air keroh, kuala linggi dan lundu/alor gajah sahaja kerana berkepentingan cuma disitu….

Melaka pada pandangan jeragang bandar yang bersih dan menarik… Tapi tahab penyenggaraan masih belum cukup tinggi… Masih kedapatan air longkang bertakung dan berbau hapak dijalan laluan pelancung dan tempat makan tertentu… Rasanya sahabat jeragang rosli buang atau tok.naim sendiri kena tengok ning …… assalam, Jeragang