Bangkali beginilah senario dikampung semasa jeragang masih kecil. Mungkin suasana begini yang dilalui dahulu telah banyak mencorak kehidupan sekarang secara sedar dan banyaknya tidak disedari. Walaupun lebih tujuh puluh lima persen dari seluruh hidup kini adalah kehidupan dipinggiran kotaraya namun minda kampungan masih kuat menunjangi corak pemikiran jeragang. Memang jeragang terangkum dalam proses pembelajaran menjadi seorang nelayan yang telah bermula sejak masih kecil….
Suasana tenang begini dikampung akan menjadi bergelora apabila tiba masa dan ketika…. oleh itu seorang nelayan khususnya para jeragang harus pandai menghitung hari, membaca gerak bulan dan mentari serta mentelaah kedudukan bintang…. kalu tidak, pasti awak-awak akan kehilangan arah….. jeragang

Leave a Reply