Tunas: apakah impian kan jadi nyata…?

image

Tanpa mengira bagaimana mulanya samada dari biji benih, keratan batang atau cantuman.. samada yang ditatang atau terbiar melata, disitulah sepohon pokok memula kitaran kehidupan.. dari tunas membesar ia menjadi daun… dedaun terus merimbun memberi harapan pada sebuah kehidupan… lalu berbunga berbunga lah ia bersama harapan itu untuk berbuah membawa nikmat dan hikmah kepada insan dan juga haiwan…. kalu asal kapas kan dibuat benang dari benang dibuat kain… maka kain lah yang menjadi pakaian…. tapi kain yang buruk usah dibuang paling tidak pun buat menyapu si air mata….. bukan kerana sayu tetapi pedih dik kerana jerebu….. jeng… jeng… jeng

Samada harapan menjadi nyata atau akan terus mengharap jua akan bergantung kepada tangan tangan manusia yang mengurus alami… samada mereka sedar atau tidak bahawa alam ini beserta segala yang terkandung didalamnya ada lah pinjaman yang sementaraa semata mata……

Begitulah hakikatnya kehidupan kini… semuanya mengejar peluang dan rizeki yang dijanjikan…. masing2 atas kadar usahanya samada melimpah ruah atau cuma sekadar mencecah rasa…. cukup sampai disini bersambung diepisod 2       …. jeragang

Ahlan wasahlan marhaban ya 1437

20150601_071015 awal bismillah pemula bicara… segala puji bagi Allah pentadbir sekelian alam… selawat dan salam buat junjungan, rasulullah SAW penyampai seru keseluruh alam.. para kerabat, sahabat dan ummah yang amat dikasihi baginda…. insya Allah marilah bersama kita prektis segala ajaran baginda…20141221_162506

alhamdulillah wakaf dok rok sudah pung dibekki semula, maka dapatlah jeragang dang awok2 tupang duduk dang memblog semula…. mintak maaflah peminat2 kapung nelayang kerana doh lama sangat2 jeragang dok memblog….. dah siap wakaf baru ning maka kami akang kembali memblog semula berceritera… perihal orang kapung kita, kapung nelayang… cuma kali ini wakaf di bina di wordpress dok lagi di blogspot…. guana2 pung sesekali jeragang akan membelog dari wakaf yang lama itu….

20141228_115641Masa dok turung wakaf, jeragang gi laaa menziarah sahabat handai saing rodong jauh dang dekat…. gi cari mana hok rohok nok jupe…. maka ramailah berjupe saing lama, ada sapa 40 taung lebih dok jupe…. begitu juga sedara mara…. bila ramai dah berjumpa jemputan kemajlis sahabat2 terutama majlis walimah pung banyak…. jarang ada weekend yang berlalu dengang tadok apa jeputang pung….. pah tu pulak kerek laa pulok member duk hello ajok ngeteh…. kadang2 member dari jauh ada mari jugok…. so member berdekatan gather2 laaa. Kekadang bekfes… dinner or lunch… dok masuk lunch bulanang ASAS…. bila doh ramai berjumpa begini banyak lah kisah kisah masa lalu hari in dalam sejarah…. pasti semuanya ini banyok menggamit kenangang…..

20150109_153748~2Maka macang biasalah akan jeragang berceritera dan berkongsi pengalamang dari atas wakaf maya ini…. walau kat wakaf mana pung jeragang berada yang pasti teknologi membolehkan semuanya link-up dan diposting melalui semua media yang jeragang subscribe…. mungkin ramai pembaca sudah melupai kapung nelayang… sudah dok ingat ke jeragang, namun begitu insya Allah posting lama yang boleh mengimbau kembali apa yang sudah berlaku dulu pasti akan membantu… kembali bertemu semua di kampung maya jeragang iaitu kapung nelayang…. cetusan pengalamang apa yang diperati, dikenang dan dibahas dari atas wakaf kapung ambe….. jeragang

CATATAN: Post ini telah pung ditulis pada awal tahun hijrah 1437 tetapi rupanya tidak publish seperti yang disangka… ingatkan nangka rupanya cempedak……….

Epilog: suatu masa dahulu

Bangkali beginilah senario dikampung semasa jeragang masih kec20150601_071015il. Mungkin suasana begini yang dilalui dahulu telah banyak mencorak kehidupan sekarang secara sedar dan banyaknya tidak disedari. Walaupun lebih tujuh puluh lima persen dari seluruh hidup kini adalah kehidupan dipinggiran kotaraya namun minda kampungan masih kuat menunjangi corak pemikiran jeragang. Memang jeragang terangkum dalam proses pembelajaran menjadi seorang nelayan yang telah bermula sejak masih kecil….

Suasana tenang begini dikampung akan menjadi bergelora apabila tiba masa dan ketika…. oleh itu seorang nelayan khususnya para jeragang harus pandai menghitung hari, membaca gerak bulan dan mentari serta mentelaah kedudukan bintang…. kalu tidak, pasti awak-awak akan kehilangan arah….. jeragang