Sahabat handai Sedara mara Disana sini

Sehari Dia ning kena berulang alik kesana sini menunaikang tanggung jawab sebagai anok, kawang dang lag buk nok leeh sebagai SU masmardi…

secara betulang tapi sengaja lokasinya beloh pantai timur.. So banyok urusang bole disambil menyelang minung air…. Kadang-kadang tu ing wang or teri ing wang

sempat Zekroh sobat Wang Brehing dang syed Milang… Mekasih akhi yusof hok duk bawok jeragang sana sini… dang jugok Mamat mai beloved kazen

Hok buleh buat adalah urusang masmardi kerana ink sengeleng dirancang… Dalang duk buat tu sempat selesai urusang persatuang dang Balik teganu zekroh ayoh su sakit di kuala bekoh.. Balik seri petaling ada urusang sura kena diselesaikan… Sambil itu sempat attend majlis walimah anak hj.mahazar di Kajang dan Majlis abg. Long yas di Air Kroh… Alhamdulillah, dapat bertemu mata lepah bertahung dok temung dan sempat Merci juga Malia hj. Mustafa di Nilai 3, NS…. Paling best sama waktu dengannya dapat melawat abg.long Jabar di rasah dang a.razak eng kak.mila di Bukit Mahkota… Betulang ada shabat dari termeluh Mari bawa sahabat dari Australia….

Ku panjatkan syukur kepada Allah kerana memberi ruang dalam keterbatasan waktu ini until ambe menyelesaikan beberapa tanggungjawab… Namun begitu kelemahan diri dan kelalaian jeragang mengatururus Waktu meyebabkan beberapa majlis sobat tidak dapat diturut serta… Yang jeragang terkilan ada lah Majlis sahabat baik Dan Sedara mara…. Minta maaf from the bottom oh Mai hak kepada x gubesZ Serta Dr. Nasir dan syarefah fadzilah… Thousands appology

Sekarang lening balik Teganu lagi kerana jumaat haritu.. Ayah.teh.Sin mai angke dipanggil pulang kerahmatullah… Semuga Allah mencucuri rahmat keatas roh arwah…. Al-fatihah. terima kasih kepada sobat yang tolong memudahkan urusang jeragang selama berada di sini…

Bila berada di kapung pantai dan laut mana bole dipisahkan dari jeragang.. Kali dapat pull berada di drobreeh yang masih jadi topik bualang… Dalang pada buat moning wok masih jeragang perati sapoh bertaburang ngata riti…. Sapa masa pihak berkuasa dinegeri kelahirang ku ini berbuat sesuatu mentransfomasi minda hijrah pikirang jangang sapa drobrieh pung runtuh lag… Jeragang

Jazzakallahu khairan khathiraa…..

Bagi pihak diri sendiri serta seluruh keluarga Pok Long…. Allahyarham Mohd Yunus Abu Bakar mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua kaum keluarga sahabat handai rakan taulan dan saing rodong jauh dang dekat yang memanjangkan simpati dan ucapan takziah serta apa jua khidmat dan pertolongan sepanjang masa urusan pengkebumian ayahanda kami. Semuga Allah jua yang membalas jasa baik sedara semua..

Kami berharap dapatlah diampun segala kesalahan dan kesilapan allahyarham, termakan terminum minta dihalal.. Segala hutang piutang mohanlah berkira dengan kami untuk diselesaikan… Semuga roh allahyarham bersemadi dengan aman di alam sana. Kami juga mohon maaf sekiranya ada sahabat handai waris waroh dan kenalan ayah yang tidak dapat kami maklumkan… Kepada Allah sahajalah kami berserah..

Seterusnya kami ingin mengambil peluang disini menyampaikan ucapan penghargaan dan terima kasih kami kepada anak-anak muda kampung tanjung gelam yang datang melawat arwah disaat akhir hayat beliau dan seterusnya bersama menyempurnakan jenazah ditanah perkuburan… Kekalkan ukhwah dan sikap prihatin begini kerana masyarakat akan sentiasa perlu khidmat kalian semua….

Kami mohon maaf diatas segala kekurangan dari kalangan kami sekeluarga.. Sempena syawal ini kami juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan selamat hari raya eid-fitr, mohon maaf zahir dan batin.

Salam dari atas wakaf……

ek deeng oh dedei

SEMANGAT DARI PUTUSANG MAHKAMAH ENGLAND BENARKAN SAMAN FITNAH TOK GURU DIBICARA PENUH….

img20180501220217.jpg

Sebelum ini ada disebut mengenai perintah mahkamah London berhubung kes saman fitnah PAS terhadap Clare Rewcastle Brown, pemilik Sarawak Report dimana yang telah ditetapkan perbicaraan penuh mulai April 2009 Jeragang mengambil masa sedikit membaca kenyataan media PAS mengenai penghakiman berkenaan serta meneliti respon dari penyokong PAS dan parti lawannya terutama PKR. Bagaimana pun jeragang belum berminat mengulasnya sehingga keputusan perbicaraan sebenar dibuat kelak.

Namun begitu, jeragang rasa agak menarik untuk melihat apa yang terjadi selepas kenyataan media PAS. Setengah pihak berpendapat perkembangan ini memberi gambaran yang Sarawak Report mendapatkan berita dari sumber yang boleh dipertingkaikan kebenarannya memberi kesan pandangan umum terhadap kredibiliti Sarawak Report sebagai sumber berita yang saksama dan tidak dipengaruhi serta tidak memiihak. Bagi mereka itu jika menggunakan sumber dari Sarawak Reports bermakna kita juga bersubahat mengguna maklumat berasas tomahan dan persepsi dari pihak yang berkepentingan… Kemungkinan juga perkara ini menjejaskan keberkesanan jentera pilihanraya PKR kerana parti lawan mereka mengaitkan PKR dengan Sarawak Report serta penggunaan berita berasas tomahan dan fitnah…. Kemungkinan inilah juga cybertrooper PKR bermati-matian menyanggah dakwaan kemenangan dipihak PAS dengan nada menghina… seperti puak-puak PAS bodoh belaka dan tak paham Bahasa omputih… ini menguji budaya politik matang dan sejahtera yang dipromosi oleh PAS. Soal nya serangan pribadi kepada presiden PAS yang bertubi-tubi dan juga kepada parti berkenaan bolehkan melemahkan gerakan mereka atau dapat menguatkan gerak kerja jentera mereka…… kita tengok keputusan PRU-14 nanti

IMG20180429140814

Kenyataan media PAS juga menjelaskan Sarawak Report berdolak-dalik secara cuba untuk mengubah kenyataan pembelaannya sampai 3 kali. Apakah tindakan mereka itu seperti kata orang tua-tua, cuba menegakkan benang yang basah. Kemungkinan juga Sarawak Report underrated kebolehan pasukan guaman tok.guru dan beliau sendiri yang dianggap sebagai lebai kampung dan undermined minda keintelektualan beliau sebagai seorang berkedudukan tinggi dikalangan ulamak islam sedunia. Beliau sendiri pun terdidik dalam bidang politik. Namun jeragang tidak rasa begitu, kemungkinan mahu menduga sedalam mana laut di Rusila…. Mungkin iya mungkin tidak……

Sekali imbas perkara ini nampak biasa sahaja mungkin silap perhitungan, namun banyak pihak pula mempersoalkan apakah agenda Sarawak Report disebalik laporan nya itu atau Sarawak Report itu sendiri adalah satu agenda puok-puok tertentu… gerak hati jeragang lebih kepada yang kedua ini… wallahualam

img20180430122339.jpg

Apa yang menarik adalah kenyataan media tersebut mendakwa percubaan Sarawak Report melindungi sumber beritanya ia-itu AMBIGA, Mantan Pengerusi BERSIH dari diganggu oleh pihak PAS. Ambiga yang telah dimertabatkan sebagai bersih oleh orang Harapan rupanya bermaing kotor…. Ambiga yang juga dikatakan bekerja kuat untuk memenangkan Pakatan Harapan bergelumang dengan kekotoran , tomahan, syak wasangka dan pempromosi budaya fitnah. Kalau sudah emaknya borek tentulah anaknya rintik kata mereka.

Sekurang-kurangnya perkembangan ini diharap boleh meredakan fitnah bukan kerana keputusan itu, kerana keputusan itu tidak dapat menggerunkan penyibar fitnah. Mereka itu terutamanya cyber trooper tidak akan terkesan sangat dengan denda jika diambil tindakan mahkamah. Mereka bemampuan untuk membayar dan kemaluan pun boleh dibuat tidak peduli sahaja, lama kelamaan akan hilanglah dia. Sebab itu kita perlu kepada perlaksanaan hukum islam di bumi Malaysia tercinta ini. Bagaimanapun ia memberi kesan kepada kepercayaan ramai dan penerimaan oleh khalayak terhadap tuduhan PAS menerima dana

IMG20180428095156.jpg

RM90 juta itu dan tuduhan lain yang mungkin akan menyusul. Apa yang nyata tinjauan jeragang diperingkat akar umbi peristiwa ini telah meniup semangat pekerja pilihan raya PAS dan dapat menambah keupayaan pasukan perayu undi mereka menangkis serangan parti lawan. Namun proses untuk mendapat penghakiman sebenar nya masih jauh lagi jalan yang perlu dilalui.

Sebaliknya kenyataan media PAS telah dapat menyerlah keupayaan parti tersebut dalam mengurus krisis dan menjejaki punca suatu masalah untuk mencari penyelesaian. Sekarang barulah jeragang dapat memahami dan boleh menghayati mengapa PAS mampu mengemukakan workable solution dalam mentadbir negeri…. Maka tidak heran mengapa PAS boleh berani menggemukan formula memerintah negara….. seperti kata Ustaz Nik Amar, Naib Presiden PAS dalam gaya bersahaja style orang kampung…… kito ado oghe dan caro kito nok urus negaro kerana kita ikut isle… beri kito pelue baru tau buleh ker doknyo ….. dokene…? Oleh itu bagi jeragang, kita tak perlu merasa rendah diri menjadi orang kampung kerana kampung tu sendiri memberi makna himpunan idea dan tenaga, sepadu dan sepunya. Tun Salleh Abas, mantan Ketua Hakim Negara, seorang daripada pasukan peguam PAS di Malaysia pun dengan gaya bersahaja orang kampong, hampir jeragang tidak dapat cam ketika berjumpa semasa beliau ditepi jalan tempat orang menjual durian…. sah bila dia menjawab bila ditegur, Tun….

20140830_070426

Oleh itu janganlah merendahkan minda orang kelaut… Tok guru pung kira orang kelaut jugak… Hendak menjadi jeragang bukanya mudah, pengalaman mesti cukup dan kena ada banyak ilmu serta kemahiran bukan sahaja dalam bidang kenelayanan tetapi juga ilmu astronomi, ilmu falak, meteorelogi, Oceonografi dan apa-apa lagi yang jeragang tidak ketahuai. Sepatah kata tok.ki jeragang celuk jari keair tahu doh mana nok gi… bermakna kemahiran menanda dan menuju arah tanpa kompas tetapi menggunakan sumber yang tersedia ia-itu tanda-tanda di laut dan di daratan, bulan dan bintang. Kemahiran yang paling perlu bagi jeragang adalah membuat jangkaan dan mengira rasiko kerana mengurus rasiko adalah wajib ada bagi seorang jeragang merempuh gelombang………

wpid-wp-1446958661759.jpeg

Seperti jangkaan jeragang tindakan PAS mengeluarkan kenyataan media mengenai perkembangan terakhir menimbul reaksi yang mahu kita lihat daripada parti lawannya BN dan PKR iaitu “pertentangan” . Betul kata mereka keputusan ini bukan bermakna PAS menang kerana perbicaraan sebenar bermula…. jeragang tidak mahu mengulas perkara ini sekarang kerana akan dibicara semasa mengulas tentang BN dan PKR, kalu tidak hilanglah sikit modal…. Bagi jeragang semuanya ini telah menunjukkan kemunculan PAS sebagai parti yang boleh bersaing merebut teraju pemerintahan Negara. Dari sebuah parti kecil bertahan menyusuri arus, tidak dipandang kehadiran dalam kancah politik negara menjadi parti yang mampu mengemukakan formula untuk memegang tampuk dengan jentera yang cekap dan gagasan yang mendebarkan dan mengancam puok lawang….

Ek deeng oh dedei jeragang wase, Sarawak Report memberi khabar yang disangka saksama betul lagi benar, rupa-rupanya bermuka penuh diliputi make-up dan make over macam main wayang pekji atau opera china… Beroperasi nun jauh, dari London. Bermaing too nnusuk, lebih teruk dari bermaing wayang kulit, walau pun Wak.long dan Wok.dogol penuh dengan muslihat tetapi tok dalangnya hanya dibelakang pentas…………

jeragang1704968800.jpg

ek de eng oh dedei…..

SUASANA KEMERIAHAN PILIHANRAYA MULA DIRASAI

IMG20180428100817.jpg

Memang niat dihati jeragang hendak meluaskan bicara mengenai ciri-ciri pilihan pemimpin negeri tetapi tetiba perhatian jeragang berpaling kepada 2 perkembangan terbaru persekitaran, yang pertamanya adalah mengenai PAS berjaya mendapat perintah mahkamah menolak kenyataan pembelaan dan menahan Clare Rewcastle Brown, pemilik Sarawak Report, dari terus mengubah alasan pembelaan yang dilihatkan sebagai percubaan untuk melambatkan proses tuntutan saman tersebut. Keduanya adalah kerancakan perang poster sepanjang laluan dari Seri Petaling ke PJ, Shah Alam dan Puchong ke Kuantan. Seterusnya dari rumah di Tanjung Jara Dungun ke Tanjung Gelam, sekarang ini dibawah DUN Batu Rakit melalui Bukit Payung, cover semua kawasan pilihanraya parlimen di Teganu kita kecuali Besut.. Oleh kerana perjalanan ke Dungun hari dah gelap terutamanya dari cherating ke Kampung Temiang maka pandangan jeragang hanya terbatas disepanjang laluan sahaja tidak melihat keadaan disekitarnya… Namun demikian perhatian yang dibuat sepanjang laluan ini melibatkan negeri-negeri WP Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang dan Terengganu

Jeragang melihat bendera PKR dengan BN menguasai kawasan pilihanraya Seputih dan Petaling Jaya. Bila memasuki kawasan Puchong dan Lembah Pantai ke Shah Alam baru ada bendera PAS. Di Kawasan Puchong agak meriah berbanding Shah Alam dan Lembah Pantai… namun begitu PKR masih mendahulu yang lain-lain di negeri-negeri yang mereka kuasai itu.

Sepanjang laluan kami dari Puchong ke Kuantan melalui Lebuhraya LEKAS dan Lebuhraya Kuantan-Segamat jelas sekali bendera BN menguasai suasana terutamanya di sekitar Kuala Pilah dan Pekan tetapi ditempat-tempat tertentu seperti di Bangi bendera PAS dapat menyusup masuk…. Hok jeragang heran nya wakpe bendera PKR sangat jarang kelihatan, hanya menyelit di sini sana, termasuk di kawasan mereka, Indera Mahkota. Disini barulah nampak bendera mereka turut memeriah suasana, itu pun sekejap Cuma. Di negeri Teganu kita sungguh meriah perang bendera ini, berbagai bentuk bermacam rupa bendera di pasang mengikut selera pekerja parti. Di sini nampaknya bendera PAS yang menguasai tempat-tempat yang strategik disekitar laluan utama seperti di Sura dan Atas Tol apa lagi di Rhu Rendang

Perlu diingat bahawa bendera, poster atau yang seangkatan denganya secara langsung tentu sekali tidak dapat menentukan kemenangang sesebuah parti dalam pilihanraya… Tetapi mengapa orang politik berlumba-lumba mengeluarkan belanja besar dan banyak tenaga sehingga boleh bergaduh untuk memasang bendera ditempat yang bahaya pulak tu. Bukankah ini suatu bentuk pembaziran? Adakah parti-parti politik terutamanya parti islam masih mahu bersaing dalam soal ini…..?? Namun begitu terlihat disebalik bendera itu banyak manusia yang terlibat termasuklah kata mereka, orang besar parti yang mempunyai kilang membuat bendera di Negeri China.

Kepada jeragang memasang bendera ini memberi beberapa indikator, antaranya
1. Kekuatan dan kecekapan jentera pilihanraya sesebuah parti politik
2. Keupayaan parti politik mengadakan sumber kewangan atau memotivasi ahli-ahli
3. Sokongan orang muda terhadap sesebuah parti politik, iaitu sudah jadi soal masa depan parti
4. Kesediaan ahli-ahli dan penyokong berkorban untuk parti mengikut kemampuan
5. Bagaimana parti-parti politik mengurus sumber termasuk kewangan, sumber insan, bakat dan kreativiti

Diperingkat ini masih terlalu awal untuk membuat ramalan siapa yang akan menang PRU-14. Namun jeragang napok di Teganu kita hanya perlawanan antara PAS dengan BN sahaja. PKR walau pun sekarang ada kerusi melalui laluan yang diberi oleh PAS masa mereka berpakat dulu, dikatakan tidak berupaya memberi impak besar kepada pertandingan, sekadar mengurang atau menambah majoriti PAS dan BN. Ramai juga dikalangan orang politik menjangka beberapa orang calun PKR akan kehilangan wang pertaruhan….. wallahu’alam. Mari kita pakat tengok lah nanti putusangnya malam 9 haribulang kekgi